KUALA LUMPUR: Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan buat sementara waktu sehingga kerajaan memuktamadkan mekanisme harga baharu gula putih bertapis, kata Kementerian Kewangan.
Kementerian itu berkata pemberian insentif itu telah bermula pada November 2023, namun ia tidak bersifat kekal atau bantuan dalam jangka masa yang panjang.
"Pemberian insentif ini adalah sementara bagi memastikan bekalan stabil dan berterusan khususnya kepada pengguna domestik (isi rumah dan pengusaha mikro) sehingga kerajaan memuktamadkan mekanisme harga baharu gula putih bertapis," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Isnin.
Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan berkenaan insentif kewangan sebanyak RM42 juta sebulan kepada semua pengilang gula di Malaysia mulai November 2023 dan sejauh manakah insentif kewangan itu akan diteruskan atau dipertimbangkan kerajaan untuk dimansuhkan dalam Belanjawan 2025.
Pada tahun 2023, bagi membantu mengurangkan beban kepada pengeluar gula tempatan, kementerian telah meluluskan kuota kelulusan permit (AP) import sebanyak 557,080 tan kepada 43 syarikat yang layak.
Bagaimanapun, hanya 41,596 tan atau 7.47 peratus yang telah diimport berikutan harga gula putih bertapis dalam pasaran antarabangsa masih kekal tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Pemberian insentif itu telah bermula pada November 2023, namun ia tidak bersifat kekal atau bantuan dalam jangka masa yang panjang. - Gambar hiasan/Bernama
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan - Kementerian Kewangan
Pemberian insentif itu telah bermula pada November 2023, namun ia tidak bersifat kekal atau bantuan dalam jangka masa yang panjang.