SUNGAI PETANI: Kilang pemprosesan ayam di Bedong di sini, yang terbabit dalam insiden membawa sekumpulan pekerja warga asing membuat pemeriksaan COVID-19 menaiki sebuh lori dalam keadaan berhimpit sudah diarah tutup pada Isnin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau dalam pada itu berkata, tindakan pengurusan kilang itu menghantar pekerja dengan menaiki lori ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda sangat tidak wajar.
"Kita jangan hanya fikir keuntungan, kalau kita rasa kita mahu membantu pekerja... bantu secara lebih berhemah... kalau nak hantar mereka ke hospital (contohnya) ambillah bas... kalau boleh sewa bas.
"Bukan ambil (guna) lori bawa orang macam lembu... untung dah banyak bertahun-tahun... tiba-tiba bila ada masalah ini buatkan pekerja kita macam lembu sahaja... janganlah macam itu," katanya.
Hamzah berkata demikian selepas melakukan operasi mengejut di dua buah kilang di kawasan Perindustrian Bakar Arang, dekat Sungai Petani, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Pada Ahad, polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani.
Gambar kejadian itu yang dirakam pengguna jalan raya kemudian menjadi tular di media sosial.
Sementara itu, mengulas mengenai operasi mengejut itu, Hamzah berkata, dua kilang dikenakan kompaun RM10,000 setiap satu kerana menyalahgunakan kebenaran operasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Katanya, kedua-dua kilang itu mengemukakan permohonan kepada MITI untuk menjalankan operasi membuat pelitup muka, namun didapati menghasilkan beg dan pelampung mandi kanak-kanak.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 15 2021
![Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623765396_pekerjaasinggelan.jpg)
Hamzah berkata, tindakan pengurusan kilang itu menghantar pekerja dengan menaiki lori ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda sangat tidak wajar. - Gambar/ Media sosial
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623765396_pekerjaasinggelan.jpg)
Tular bawa pekerja naik lori: Kilang ayam sudah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan selepas kilang berkenaan didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623387119_bakarmotosikal.jpg)
Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya
Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki bertindak membakar motosikal milik seorang pekerjanya.
![KPDNHEP beri jaminan bekalan ayam mencukupi KPDNHEP beri jaminan bekalan ayam mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612793832_nantalinggi.jpg)
KPDNHEP beri jaminan bekalan ayam mencukupi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan ayam daging mencukupi walaupun sebuah kilang pengeluar ayam utama negara diarah tutup baru-baru ini.
![COVID-19: Kadar kebolehjangkitan Melaka dijangka turun dalam 3 hari COVID-19: Kadar kebolehjangkitan Melaka dijangka turun dalam 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612776772_Pekerjakilang.jpg)
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan Melaka dijangka turun dalam 3 hari
Ia boleh dicapai berikutan bilangan kluster yang masih aktif di Melaka mula menunjukkan penurunan.
![604 pekerja positif COVID-19, kilang ayam di Melaka diarah tutup 604 pekerja positif COVID-19, kilang ayam di Melaka diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612601297_Pekerjakilang.jpg)
604 pekerja positif COVID-19, kilang ayam di Melaka diarah tutup
Jangkitan itu dipercayai bermula daripada seorang pekerja yang bergejala sebelum menular kepada rakan lain termasuk warga tempatan.
![Sampel ayam dari kilang pemprosesan di Pedas bebas COVID-19 - JPV Sampel ayam dari kilang pemprosesan di Pedas bebas COVID-19 - JPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589429223_PASARBORONGSELANGOR.jpg)
Sampel ayam dari kilang pemprosesan di Pedas bebas COVID-19 - JPV
Keputusan ujian terhadap kesemua sampel 'ayam seekor' daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus COVID-19, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).