Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa untuk mengislamkan anak mereka adalah kuasa prerogatif negeri tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mana-mana negeri boleh meluluskan undang-undang atau melakukan pindaan kepada mana-mana undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa mereka seperti dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika berlaku ketaktekalan.
Mengulas keputusan DUN Perlis itu semalam, katanya, Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan oleh kerajaan bagi meminda Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA), jika diluluskan, maka ia menjadi undang-undang Persekutuan.
"Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana undang-undang yang tidak konsisten dengan undang-undang Persekutuan maka ia tidak terpakai dan undang-undang Persekutuan akan digunakan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata cadangan pindaan LRA, antara lain mewajibkan bagi kedua-dua ibu bapa memberi persetujuan sebelum anak mereka memeluk Islam, akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada tahun depan.
"Cadangan pindaan kepada LRA juga mungkin memerlukan untuk pindaan perlembagaan yang merupakan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan 'ibu atau bapa' kepada perkataan 'ibu dan bapa'," katanya.
Azalina berkata buat masa ini, terdapat tiga lagi enakmen negeri yang membenarkan kedua-dua ibu bapa memberikan kebenaran untuk menukar agama anak kepada Islam iaitu enakmen di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.
Katanya, kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh dan input daripada semua pihak akan dipertimbangkan.
"Saya harap semua pihak akan melihat cadangan pindaan itu secara objektif dan mengelak daripada mempolitikkanya untuk apa-apa sebab atau terlalu awal mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2016
undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika berlaku ketaktekalan.- Gambar fail
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber
Fahmi berkata langkah itu bagi mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membawa perkara berkaitan ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina
UMNO semalam mengadakan program jelajah penerangan bertujuan memastikan ahli parti itu mendapat maklumat sahih dan tepat berkaitan isu semasa.
Lima rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat pada minggu pertama
Lima rang undang-undang diluluskan pada minggu pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina
Azalina berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.
Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Azalina bangkit memaklumkan Wan Saiful pada 21 Mac telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
Kerajaan bakal laksana kajian, anjur persidangan mengenai dasar keselamatan dalam talian - Azalina
Kerajaan merancang untuk membangunkan hala tuju dasar perundangan yang komprehensif bagi menangani subjek rumit ini dalam masa terdekat.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.