Kira-kira 1.2 juta pengguna dari 300,000 isu rumah di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mula mengalami kesan terputus bekalan air atau tekanan rendah, ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh lima loji rawatan air (LRA) atas arahan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Priscilla Alfred berkata ia melibatkan tujuh wilayah sekitar Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor.
"Rezab bekalan air sedia ada yang sangat kecil dan dalam keadaan biasa sudah tidak mampu untuk menampung paras permintaan pengguna kerana kelima-lima loji rawatan air tersebut membekalkan 60 peratus daripada keperluan air terawat bagi kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Jelasnya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah kerajaan Selangor telah mengeluarkan surat arahan pada 24 Feb lepas kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang mengurus tiga loji berkenaan agar mengurangkan pengambilan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) dari Sungai Selangor.
Loji terbabit ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 3 dan LRA Sungai Rasa manakala LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang diurus Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.
Pada masa sama, ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Luas dan Upen ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan SYABAS menyediakan pelan pengagihan bekalan air berjadual bagi pengguna yang terlibat untuk dibentangkan kepada SPAN, esok.
"Jika pelan pengagihan bekalan air berjadual ini diluluskan Span, ia akan diumumkan kepada pengguna secara bersama oleh pihak SPAN dan SYABAS pada 28 Feb ini untuk dilaksanakan mulai Ahad, 2 Mac 2014," kata Priscilla.
Syabas turut berharap pengguna yang terlibat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku dan mengambil langkah untuk mengurangkan kesan yang bakal dialami.
Sementara itu, bagi pengguna yang tidak terlibat, mereka disaran menggunakan air secara berhemah dan mengelak pembaziran kerana setiap penjimatan boleh disalurkan kepada kawasan yang terlibat dengan gangguan.
Bernama
Wed Feb 26 2014
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir.
Kampung Angkat MADANI: 12 projek pembangunan di Kelantan dijangka siap hujung tahun ini
Sebanyak 12 projek pembangunan yang dilaksanakan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk program Kampung Angkat MADANI di Kampung Aril, di sini, dijangka siap hujung tahun ini.
Jawatankuasa kerja akan ditubuh untuk teliti ancaman pencemaran air - PM
Mesyuarat Majlis Air Negara hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia.
SPAN serbu bengkel kimpalan curi air di Negeri Sembilan
Sebuah premis bengkel kimpalan dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah melibatkan implikasi kerugian terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) kira-kira RM30,000 di Ulu Beranang.
NRES: Pembangunan ladang solar terapung di atas badan air sedang diteliti
Pembangunan ladang solar terapung di badan air melibatkan kawasan empangan bekalan air minuman dan saliran pengairan pertanian, sedang diteliti NRES menerusi JAS.
7,238 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air mulai esok
Sebanyak 7,238 akaun pengguna di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Jumaat berikutan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian di sini.
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
Paras air di Empangan Bukit Merah meningkat 33 peratus
Paras air di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai meningkat ke tahap 33 peratus daripada isipadu keseluruhan selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan pada 29 hingga 31 Julai lepas.
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.