Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan RM1.5 juta kepada tujuh buah sekolah di daerah Hulu Langat bagi tujuan pelaksanaan kerja pembaikan yang kritikal.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan supaya dapat dimanfaat sebaiknya oleh murid-murid dan sekolah yang terlibat.
"Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi merupakan sekolah yang menerima peruntukan paling tinggi. Saya dimaklumkan oleh pegawai saya yang telah membuat lawatan di sana keadaan di sekolah itu teruk sekali," katanya dalam sidang media selepas Program Walkabout ke sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat hari ini.
Pada majlis yang sama tiga buah sekolah iaitu SK Bangi; SK Bandar Seri Putra dan SMK Bandar Seri Putra telah menerima peruntukan masing-masing RM1,020,000, RM130,000 dan RM110,000.
Selain itu, tambah Mahdzir, pihaknya optimis untuk membina sekolah-sekolah baru bagi menampung peningkatan jumlah murid ekoran kadar pembangunan ekonomi dan perumahan yang semakin pesat di kawasan tersebut.
Kata beliau, terdapat perancangan membina sekolah menengah kebangsaan di Bandar Bukit Mahkota dan SK Pelangi, Semenyih.
"Melihat kepada kesesakan yang sedang berlaku dengan lebih 3,000 pelajar di SMK Bandar Seri Putra, kita merasakan terdapat keperluan untuk membina sekolah baru.
"SK Pelangi Semenyih pula akan mula dibina tahun ini dan projek ini dijangka akan menelan belanja RM31.2 juta dan mempunyai 24 unit bilik darjah," katanya.
Sementara itu, Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan diwujudkan di SK Bangi bagi mengatasi kesesakan yang berlaku di SK Bandar Seri Putera.
Kata Mahdzir, ia bagi memastikan murid berkeperluan khas mempunyai peluang pendidikan yang relevan dengan keperluan mereka.
Dania Zainuddin
Mon Jan 22 2018
![Tujuh sekolah di Hulu Langat terima peruntukan RM1.5 juta Tujuh sekolah di Hulu Langat terima peruntukan RM1.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516611023_MahdzirKhalid.jpg)
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukkan akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan supaya dapat dimanfaat sebaiknya oleh murid-murid dan sekolah yang terlibat.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bangi rekod angka penduduk tertinggi Bangi rekod angka penduduk tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719400882_tbBangi.jpg)
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 708,300 orang pada 2023.
![Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700631739_PDRM.jpg)
Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, menerima ancaman bom.
![Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684754999_Handcuffedwomen.jpg)
Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.
![Lima ditahan samun bersenjata parang di klinik gigi Lima ditahan samun bersenjata parang di klinik gigi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668081350_handcuff.jpg)
Lima ditahan samun bersenjata parang di klinik gigi
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah klinik gigi di Bandar Baru Putra, Bangi, dekat sini, pada Isnin lepas.
![Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667840389_PDRM.jpg)
Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian
Dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan serta pelanggan di premis itu.
![Dua beradik maut kena renjatan elektrik: Tiada talian terputus daripada tiang TNB Dua beradik maut kena renjatan elektrik: Tiada talian terputus daripada tiang TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664624193_tnb.jpg)
Dua beradik maut kena renjatan elektrik: Tiada talian terputus daripada tiang TNB
Siasatan awal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati tidak berlaku talian (wayar) terputus daripada tiang TNB.
![Dua beradik maut kena renjatan elektrik: TNB sahkan wayar 'luka' - Polis Dua beradik maut kena renjatan elektrik: TNB sahkan wayar 'luka' - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664614418_TBWanKamarulAzranWa.jpg)
Dua beradik maut kena renjatan elektrik: TNB sahkan wayar 'luka' - Polis
Dua beradik lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam sebuah besen di perkarangan rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, dekat sini petang semalam.
![Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626778107_TBVaccineBooster.jpg)
Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki mengatakan dirinya disuntik menggunakan picagari kosong ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC).
![Kehadiran Ahli Parlimen DAP semasa lawatan adalah kebetulan - Noraini Kehadiran Ahli Parlimen DAP semasa lawatan adalah kebetulan - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614836982_NorainiAhmad.jpg)
Kehadiran Ahli Parlimen DAP semasa lawatan adalah kebetulan - Noraini
Noraini berjumpa berjumpa dengan Ong Kian Ming ketika sedang melakukan lawatan ke PPV di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
![Video tular, polis buru peragut rantai tangan di kedai runcit Video tular, polis buru peragut rantai tangan di kedai runcit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617620877_samun.jpg)
Video tular, polis buru peragut rantai tangan di kedai runcit
Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden ragut di sebuah kedai runcit di Kampung Rinching Hilir, Bangi Lama, Kajang.