SEPANG: Dua beradik lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam sebuah besen di perkarangan rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata kedua-dua mangsa masing-masing berumur 10 dan sembilan tahun itu merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik.
Katanya, bapa mangsa yang merupakan pengusaha kedai makan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa setelah kembali ke rumah daripada membeli barang manakala ibu mangsa berada di dalam rumah.
"Menurut bapa mangsa, anaknya meninggal dunia berpunca dari renjatan elektrik yang mengalir dari sebatang besi penyidai baju.
"Pihak Tenaga Nasional berhad (TNB) mengesahkan berlaku geseran dari wayar tepi rumah terus ke zink, menyebabkan wayar tersebut 'luka' dan arus elektrik mengalir melalui besi penyidai baju itu," katanya dalam kenyataan.
BACA: Dua beradik maut terkena renjatan elektrik
Wan Kamarul Azran berkata hasil siasatan turut mendapati kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi.
Menurut beliau, keadaan rumah tersebut juga agak berselerak dan tidak bersusun dengan besi terpakai kerana sebelum ini, bapa mangsa mempunyai bengkel kereta yang telah ditutup menyebabkan barang-barang yang terpakai dibawa balik ke rumah.
"Mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat selepas ujian saringan COVID-19 di Hospital Serdang," katanya.
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan barangan elektrik dan pendawaian elektrik yang bocor di kawasan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Wan Kamarul Azran berkata kedua-dua mangsa masing-masing berumur 10 dan sembilan tahun itu merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.

Bapa sebak angkat dua jenazah anak dalam parit
Luluh hati seorang bapa apabila mengangkat dua jenazah anaknya yang ditemui lemas dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang pada petang Jumaat.

Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.

Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari
Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari

Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen
Kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandu mangsa, Joll Mohamad, 56 tahun, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.

Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.

Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.

Pemandu treler didakwa pandu tak cermat hingga sebabkan kematian dua beradik
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu tidak cermat sehingga mengakibatkan kematian dua beradik minggu lepas.

Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu
Allahyarham Mohd Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal.