BALIK PULAU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM259.5 juta bagi melaksanakan tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Pulau Pinang yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berkata, daripada tujuh projek berkenaan, enam adalah projek sambungan RTB manakala satu projek baharu yang akan membawa pelbagai manfaat kepada penduduk, khususnya dalam menangani isu banjir kilat di negeri ini.
"Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui agensi pelaksana termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan tujuh projek tersebut yang kini masih dalam pelbagai fasa kerja antaranya proses pelantikan perunding bagi reka bentuk terperinci, kerja ukur, penyiasatan tanah, panggilan tender kerja dan tempoh pembinaan projek itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke RTB Pondok Upeh/Sungai Burong, di sini hari ini.
Beliau berkata antara RTB yang sedang dilaksanakan ialah RTB Lembangan Sungai Pinang membabitkan kos RM150 juta, RTB Sungai Kechil (RM16.8 juta), RTB Pondok Upeh/Sungai Burong (RM10 juta) RTB Sungai Dua melibatkan peruntukan RM45 juta dan kesemua projek tersebut dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
Selain itu, KASA juga sedang menjalankan kajian keberkesanan RTB di Pulau Pinang yang akan dijadikan projek perintis bagi projek RTB di seluruh negara dalam usaha memastikan pelaksanaan lancar dan impaknya memberi manfaat kepada rakyat.
"Menerusi kajian itu, Pulau Pinang akan menjadi model kepada negeri-negeri lain untuk projek RTB dan kita dapat membuat penilaian serta penambahbaikan untuk projek (RTB) di negeri lain berdasarkan kajian tersebut," katanya.
Sementara itu, Mansor berkata RTB Pondok Upeh/Sungai Burung yang dilawatinya hari ini dijangka dilaksanakan pada tahun depan dengan kos keseluruhan RM10 juta bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di penempatan penduduk kawasan Sungai Burong, Kampung Pondok Upeh, Jalan Lintang Pondok Upeh, Jalan Genting, Jalan Balik Pulau dan Kampung Pulau Betong.
Katanya selain itu, RTB Teluk Kumbar membabitkan nilai RM10 juta yang dilaksanakan pada 2019 itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober yang akan dapat menangani masalah banjir yang sering dihadapi kira-kira 80,000 penduduk di Kampung Nelayan, Kampung Sulup, Kampung Paya dan Kampung Masjid.
"Pelaksanaan kedua-dua projek RTB itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berisiko banjir, malah ia juga dapat mengurangkan perpindahan penduduk sehingga 80 peratus," katanya sambil berharap kerosakan harta benda akibat banjir juga dapat dikurangkan melalui pelaksanaan projek RTB tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Antara RTB yang sedang dilaksanakan ialah RTB Lembangan Sungai Pinang membabitkan kos RM150 juta, RTB Sungai Kechil (RM16.8 juta), RTB Pondok Upeh/Sungai Burong (RM10 juta) RTB Sungai Dua melibatkan peruntukan RM45 juta. - Bernama
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Pulau Pinang harap dua projek diluluskan dalam Belanjawan 2025
Ia melibatkan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan geran padanan bagi Penang Silicon Design @5km.
Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh di TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Polis tahan 15 termasuk kanak-kanak dalam operasi samseng jalanan
Kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.
Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran
Pulau Pinang akan berbincang mengenai cadangan membina pusat pemprosesan najis ternakan di Kampung Selamat di sini bagi mengatasi isu pencemaran Sungai Kereh.
Paras air empangan meningkat namun belum capai 'tahap selamat' - PBAPP
Kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di sini menunjukkan peningkatan ketara susulan hujan lebat sejak awal bulan ini namun belum mencapai 'tahap selamat'.
Banjir P. Pinang semakin reda, tidak perlu isytihar darurat - Chow
Mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibekalkan dengan barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan peralatan.
Ombak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa - METMalaysia
Orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.
Hujan berterusan, beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru di bahagian pulau.
Muzium terapung feri ikonik Pulau Pinang beroperasi hujung tahun ini
Sebuah lagi feri ikonik pula berada pada syarikat pemaju Ideal Property yang akan dijadikan restoran terapung.
Selut di Sungai Batu disebabkan fenomena semula jadi - PIC
Keadaan semula jadi kawasan pesisiran pantai Pulau Pinang Selatan adalah kawasan dataran lumpur dan ia turut disahkan semasa penyediaan laporan EIA.