KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 12 pelajar dari Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) berjaya mengukir nama Malaysia dalam peta kecemerlangan akademik global dengan kejayaan meraih pengiktirafan 'Top of The World Awards' dalam Anugerah Outstanding Cambridge Leaner Awards yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
MCKL dalam satu kenyataan berkata mereka adalah antara pelajar yang menerima anugerah berprestij dari Cambridge Assessment International Education, yang merupakan sebahagian daripada University of Cambridge, untuk memperakui prestasi peperiksaan mereka yang cemerlang.
The Outstanding Cambridge Leaner Awards merupakan anugerah meraikan pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International, yang diambil oleh pelajar di lebih 160 negara di seluruh dunia.
Sementara itu enam penerima Anugerah 'Top in the World' yang lain adalah Saranya Anandraj (Undang-Undang), Adrianna Eva Alfred Tais (Sastera dalam Bahasa Inggeris), Liew Xiao Theng (Psikologi), Alvin Chan Zheng Jing (Matematik), Chan Junwin (Matematik), dan Lum Ting Fang (Matematik).
Tiga orang pelajar; Lee Jia Cherng (Kimia), Kim Byungjoo (Matematik Lanjutan), dan Tan Mei Yee (Psikologi) menerima Anugerah 'Top in Malaysia' manakala, RR Aviinash menerima Anugerah Pencapaian Tinggi untuk Bahasa Tamil dan Ryan Nicholas Tay menerima penghargaan yang sama dalam Sains Komputer.
Bercakap mengenai pencapaiannya, Eng yang juga dikenali sebagai Simpson berkata ungkapan gembira semata-mata tidak boleh menggambarkan keriangan tidak terhingga yang dirasainya, dan sememangnya beliau tidak pernah bermimpi untuk memperoleh anugerah berkenaan.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Matematik saya, Encik Samuel, Cik Lim dan Cik Koh atas tunjuk ajar yang diberikan. Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan atas persahabatan dan sokongan mereka di dalam dan di luar kelas. Akhir sekali ibu bapa saya kerana menjadi tempat saya bergantung," katanya.
MCKL berkata 'Pencapaian Tinggi' diberikan kepada pelajar yang telah memperoleh markah standard tertinggi di negara dalam mata pelajaran tertentu yang tidak begitu diambil ramai.
"Pencapaian terbaharu itu meneruskan rentetan kejayaan Anugerah Outstanding Cambridge Learner Awards yang dicapai MCKL sejak beberapa tahun kebelakangan ini," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MCKL Angela Pok berkata pihak universiti sangat berbangga dengan pencapaian pelajar Cambridge A Level mereka, dan menurutnya usaha mengalahkan pesaing bagi mendapatkan anugerah yang menjadi rebutan hampir sejuta pelajar di seluruh dunia itu, bukanlah sesuatu yang mudah.
"Pencapaian pelajar kami bukan sahaja mengagumkan, tetapi juga sangat relevan. Oleh kerana dunia yang cepat berkembang mewujudkan persekitaran lebih kompetitif dan mendesak, adalah penting untuk menguasai kemahiran akademik global yang merupakan elemen penting untuk berjaya dalam dunia yang cepat berubah ini," katanya.
Cambridge IGCSE adalah peperiksaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang memberi pelajar peluang untuk memperoleh kelayakan antarabangsa yang berprestij.
Tahun lepas, lebih sejuta pelajar mengambil bahagian dalam peperiksaan berasaskan Cambridge International dari lebih 10,000 sekolah di seluruh dunia, termasuk UK, Amerika Syarikat, China, India, Singapura dan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
![Tujuh pelajar Malaysia terima anugerah dalam peperiksaan diiktiraf Cambridge Tujuh pelajar Malaysia terima anugerah dalam peperiksaan diiktiraf Cambridge](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620354380_Cambridge.jpg)
The Outstanding Cambridge Leaner Awards merupakan anugerah meraikan pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International.
![KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tujuh pelajar Malaysia terima anugerah dalam peperiksaan diiktiraf Cambridge Tujuh pelajar Malaysia terima anugerah dalam peperiksaan diiktiraf Cambridge](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620354380_Cambridge.jpg)
Tujuh pelajar Malaysia terima anugerah dalam peperiksaan diiktiraf Cambridge
Tujuh pelajar Malaysia berjaya kejayaan meraih pengiktirafan 'Top of The World Awards' dalam Anugerah Outstanding Cambridge Leaner Awards yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.