KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh Majlis Perbandaran Tempatan di Lembah Klang telah diarah untuk mengenal pasti stesen bas dan laluan pejalan kaki ke stesen kereta api yang perlu dinaik taraf segera tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Belaiu berkata, arahan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet lepas, dengan semua pihak bersetuju bahawa isu berkaitan pengangkutan awam termasuk keselamatan pengguna perlu diberi perhatian sepenuhnya.
"Saya maklumkan kepada Kabinet bahawa jika kita mahu menangani kesesakan lalu lintas dan mahu orang awam menggunakan pengangkutan awam, isu-isu ini (keselamatan dan keselesaan pengguna) mesti ditangani dan jawatankuasa Kabinet bersetuju mengenainya.
"Jadi, anda boleh menjangkakan sekurang-kurangnya 100 stesen bas baharu atau lebih baik akan diubah suai atau dibina tahun depan, bersama laluan pejalan kaki ke semua stesen kereta api.
"Dengan ini, saya boleh menjangkakan akan terdapat integrasi pengangkutan awam yang lebih baik di Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang, supaya kita boleh menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam," katanya pada perasmian simposium Keselamatan Wanita dalam Industri Transit dan Pengangkutan di Bandar Sunway, di sini, pada Selasa.
Loke berkata, Kementerian Pengangkutan sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan pengguna yang menaiki pengangkutan awam selain berusaha melaksana dan menyiapkan projek infrastruktur lain.
Beliau berkata, kementeriannya juga menerima banyak maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam khususnya wanita mengenai keselamatan mereka, bukan sahaja di koc kereta api serta laluan pejalan kaki ke stesen, yang kadangkala berbahaya kerana keadaan yang gelap.
"Penumpang harian pengguna kereta api di Lembah Klang kini telah meningkat kira-kira 800,000 orang manakala perkhidmatan bas sebanyak 250,000 pengguna, dan ini adalah sesuatu yang perlu kita terus galakkan untuk mengurangkan kesesakan semasa, serta sebahagian daripada strategik kita untuk menangani isu rasionalisasi subsidi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Loke berkata, Kementerian Pengangkutan sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan pengguna yang menaiki pengangkutan awam selain berusaha melaksana dan menyiapkan projek infrastruktur lain. - Foto BERNAMA

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Perkasakan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah akar umbi - Amir Fareed
Sudah sampai masa penyelesaian kepada masalah rakyat tidak boleh semata-mata difikir dan ditentukan oleh kerajaan pusat.