Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap tujuh individu yang disyaki terbabit aktiviti pengganas Daish di Sabah dan Selangor.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, tangkapan dilakukan antara 8 hingga 12 Mac itu melibatkan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun.
Dalam operasi di sekitar Sabah dan Selangor itu, mereka yang ditahan melibatkan dua rakyat Malaysia, tiga warga negara Filipina bertaraf pemastautin tetap dan dua warganegara Filipina.
"Tangkapan pertama pada 8 Mac 2017 di Kota Kinabalu, Sabah, melibatkan dua suspek lelaki anggota kumpulan pengganas Daish yang terdiri daripada seorang warganegara Filipina pemastautin tetap Malaysia dan seorang warganegara Filipina. Mereka masing-masing berusia 27 tahun dan 18 tahun, serta bekerja sendiri.
"Suspek warganegara Filipina pemastautin tetap Malaysia tersebut disyaki terlibat dalam aktiviti mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada Dr. Mahmud Ahmad dan Mohamad Joraimee Awang Raimee," ujar Khalid dalam satu kenyataan, hari ini.
Joraimee merupakan warganegara Malaysia yang telah menyertai kumpulan pengganas Daish di selatan Filipina sejak tahun 2014.
Manakala suspek warganegara Filipina tersebut merupakan anggota kumpulan pengganas Daish yang telah berbai’ah dengan Isnilon Hapilon, salah seorang pemimpin kanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Basilan yang merupakan ahli kumpulan pengganas Daish di selatan Filipina.
Sementara itu, tangkapan kedua pada 9 Mac 2017 di Sandakan, Sabah pula, melibatkan tiga suspek yang terdiri daripada dua warganegara Filipina pemastautin tetap Malaysia dan seorang warganegara Malaysia.
"Kedua-dua suspek warganegara Filipina pemastautin tetap Malaysia berkenaan, masing-masing berusia 53 tahun (wanita) dan 40 tahun (lelaki), bekerja sebagai penjual tiket feri dan buruh."
"Sejak penghujung tahun 2016, kedua-dua mereka telah menguruskan penyusupan masuk tiga anggota kumpulan pengganas Daish dari Indonesia ke selatan Filipina melalui Sabah.
Manakala seorang lagi suspek warganegara Malaysia berusia 31 tahun (wanita) yang bekerja di Lapangan Terbang Sandakan sebagai pegawai pemeriksa dokumen Jabatan Imigresen juga turut disyaki terlibat dalam membantu kemasukan individu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, termasuk anggota kumpulan pengganas Daish dari Indonesia dan Malaysia untuk menyusup masuk/keluar ke Filipina melalui Sabah.
Seorang lagi suspek lelaki warganegara Filipina berusia 36 tahun yang ditangkap pada 9 Mac 2017 di Sandakan, Sabah, bekerja sebagai mekanik kereta. Dia merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas Daish.
Suspek terakhir ialah seorang lelaki warganegara Malaysia yang ditangkap pada 12 Mac 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
"Beliau yang berusia 36 tahun, adalah bekas pembantu perubatan di Hospital Jerantut, Pahang yang telah berlepas ke Istanbul pada Oktober 2016 dalam perancangan untuk menyusup masuk ke Syria.
"Tujuan beliau adalah menyertai kumpulan pengganas Daish dengan bantuan Abu Fateh iaitu seorang anggota kumpulan pengganas Daish berasal dari Sulawesi, Indonesia. Pada 16 Januari 2017, beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Turki bersama-sama beberapa anggota kumpulan pengganas Daish
warga Indonesia," katanya.
Ketujuh-tujuh suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah kesalahan berkaitan keganasan, kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prposedur di bawah Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Astro Awani
Mon Mar 13 2017
Salah seorang suspek yang ditahan oleh anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, PDRM. - Foto: PDRM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.