Tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu daripada jumlah itu, lima batalion dihantar ke Lahad Datu.

Sementara, dua batalion lagi masing-masing dihantar ke Tawau dan Sandakan.

Dalam laman sosial Twitternya, Zahid turut memuat naik foto beliau bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selepas melawat "Ground Zero".



Kedua-dua pemimpin itu kemudian mendengar taklimat situasi semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang beroperasi.