Seramai 20,000 pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara terpilih untuk menerima bantuan tuisyen percuma bermula Julai ini menerusi program anjuran Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP) Pemuda UMNO.
Pengerusi HELP Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata bantuan tersebut merupakan kesinambungan Program HELP Tuisyen yang bermula sejak 2014, yang mana sehingga kini seramai 12,000 pelajar berjaya dibantu.
"Mereka akan dibantu guru-guru pakar dalam lima subjek utama yang akan disediakan pihak kami secara percuma," katanya ketika ditemui pemberita pada Pertandingan Golf Amal HELP 2017 di Glenmarie Golf and Country Club di sini.
Pertandingan yang bermula sejak awal pagi dan berakhir kira-kira tengah hari tadi turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM685,000 daripada pelbagai syarikat korporat bagi menampung dana program HELP Tuisyen itu.
Turut serta ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Nazir Hussin berkata sehingga kini pihaknya berjaya mengumpul dana RM2.7 juta dan menyasarkan untuk memperoleh RM4 juta sebelum program itu bermula.
Katanya, semua dana itu akan disalurkan kepada 191 kawasan Parlimen yang akan menguruskan segala pembiayaan dan hal berkaitan pemilihan pelajar, guru dan tempat tuisyen.
Sementara itu, Mahdzir dalam ucapannya menyokong program tuisyen percuma anjuran HELP ini dan menganggap ia inisiatif yang sangat baik ke arah pembangunan pendidikan negara.
"Bagi pihak Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan, saya ucap terima kasih kerana mengelolakan program seumpama ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017

Najib menerima cenderahati daripada Nazir Hussin sempena Kejohanan Golf Amal HELP 2017 di Glenmarie Golf and Country Club hari ini. --fotoBERNAMA
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Tuisyen percuma untuk 20,000 pelajar SPM - HELP Pemuda UMNO
Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata bantuan tersebut merupakan kesinambungan Program HELP Tuisyen yang bermula sejak 2014, yang mana sehingga kini seramai 12,000 pelajar berjaya dibantu.