Parti Keadilan Rakyat mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan beliau yang menuduh orang nombor dua dalam PAS sebagai pengikut ajaran Syiah yang sesat dan diharamkan di negara ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata kenyataan itu amat tidak produktif, berbahaya ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO cuba "menghulurkan tangan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi."
Beliau menyifatkan kenyataan Zahid itu "bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya."
"Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Datuk Seri Najib," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
PKR juga berpendapat kenyataan Zahid itu seperti sudah "menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan bebas dan adil dahulu" ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad dalam reaksinya menafikan beliau menganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Najib dalam ucapannya dasarnya membuka Perhimpunan Agung UMNO pada Khamis berkata UMNO "tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik demi melihat umat Islam kembali bersatu".
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR dalam reaksinya kepada ucapan itu mengulangi kesediaan serta bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu dengan Barisan Nasional.
Astro Awani
Sat Dec 07 2013
Fahmi Fadzil
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
Jerayawara keselamatan dalam talian pastikan perkhidmatan Internet cepat, murah dan selamat
Ia bertujuan memastikan perkhidmatan Internet lebih cepat, murah dan selamat terutama bagi golongan kanak-kanak serta keluarga.
Buli siber: PM tak puas hati, minta agensi berkaitan lebih tegas - Fahmi
Fahmi berkata, perdana menteri minta MCMC dan PDRM lebih tegas bertindak terhadap buli siber.
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi
Fahmi berkata Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika beliau hadir dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pagi semalam.
Kementerian Komunikasi akan lancar jerayawara keselamatan dalam talian
Program itu antara lain bertujuan menerangkan tentang bahaya penggunaan Internet yang boleh menyebabkan perbuatan buli siber atau penipuan.