Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata tuduhan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Sabah negeri mundur dan termiskin adalah suatu yang tidak berasas sama sekali.
Beliau berkata pencapaian Sabah dalam pelbagai sektor sejak kerajaan negeri ini diterajui parti Barisan Nasional (BN) 15 tahun lalu, berbanding tempoh sama sebelum itu, membuktikan bahawa segala tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.
Menurutnya, dalam tempoh 30 tahun dari awal 1970-an hingga tahun 2000, pendapatan negeri meningkat RM1 bilion kepada RM1.7 bilion pada 2004.
Selepas kerajaan BN memerintah selama 15 tahun selepas itu, hasil negeri meningkat tiga kali ganda kepada RM3 billion dan kini mencecah RM4 bilion, katanya ketika berucap melancarkan manifesto BN Sabah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu malam.
Menurut Musa, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah telah meningkat dari RM59.5 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.8 bilion pada tahun 2016 dan pencapaian itu telah meletakkan kedudukan ekonomi negeri di tangga kelima berbanding negeri-negeri lain.
"Kita tidak akan berhenti setakat ini. Matlamat kita menjadikan Sabah jauh lebih maju, Negeri Di Bawah Bayu, di atas mercu. Oleh itu, tanggapan bahawa Sabah adalah negeri termiskin adalah pembohongan besar semata-mata," tegasnya.
Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata Sabah juga telah berjaya mempelbagaikan sumber ekonominya sehingga pendapatan bertambah berlipat kali ganda dan dengan itu kebergantungan kepada balak sebagai sumber pendapatan berjaya dikurangkan daripada 85 peratus kepada 13 peratus.
Beliau juga menafikan kononnya kerajaan BN mengeksploitasi khazanah hutannya kerana fakta menunjukkan Sabah adalah negeri di Malaysia yang mempunyai kawasan hutan simpan terbesar iaitu 53 peratus dari keluasan bumi negeri ini.
Tidak cukup dengan itu, katanya, Sabah juga mempunyai kadar Kawasan Perlindungan Penuh (TPAs) yang tertinggi iaitu hampir 30 peratus, tiga kali ganda melebihi 10 peratus standard piawaian antarabangsa selain telah melaksanakan penanaman semula kawasan hutan melebihi 700 ribu hektar.
Justeru, katanya, rekod pencapaian Sabah membuktikan tuduhan bahawa negeri itu mundur dan penduduknya miskin adalah tidak berasas sama sekali. -- Bernama
Bernama
Wed Apr 25 2018
Musa bersama kepimpinan BN menunjukkan Manifesto BN Sabah bagi PRU14 yang dilancarkan di Kompleks Sukan Likas malam tadi. - BERNAMA
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Mangsa banjir di Selangor, Perak, Johor dan Kedah semakin meningkat
Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Johor dan Kedah terus merekodkan peningkatan malam ini.
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.