SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurujual wanita, dua tahun lepas.
Peguam Surya Putra Mohamed Taulan, yang mewakili Muhammad Faiz, 46, berkata Majistret Mohamad Suffian Jaafar membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi yang difailkan pihaknya pada 17 Ogos lepas.
"Hari ini, representasi telah diterima oleh pihak pendakwaan dan mereka memohon mahkamah agar anak guam kami dilepas tanpa dibebaskan. Kami telah menghantar representasi sebanyak dua kali dan yang terbaharu bertarikh 16 Ogos," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kes itu masih di peringkat pengurusan dan perbicaraan belum lagi bermula.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria.
DNAA bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi namun dia boleh, pada bila-bila masa, dihadapkan semula ke mahkamah atas pertuduhan sama.
Pada 9 Jun 2021, Muhammad Faiz yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan itu mengaku tidak bersalah.
Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa yang ketika itu berusia 31 tahun di dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya antara 9.45 dan 11.30 malam pada 8 Mac 2021.
Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Faiz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurujual wanita, dua tahun lepas. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Tuduhan cabul jurujual: Bekas ADUN Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskan
Faiz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurujual wanita, dua tahun lepas.