KUALA LUMPUR:Keadaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, semakin baik dan sudah boleh bercakap.
Setiausaha Politiknya Syahir Sulaiman berkata, Abdul Hadi juga memberitahu akan memaklumkan situasinya dari semasa ke semasa.
"Sekitar 7.30 pagi tadi saya terima panggilan daripada Tuan Guru (Abdul Hadi), mohon maklumkan kepada semua, beliau sudah semakin baik, sudah boleh bercakap dan bergurau," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Ditanya berhubung keadaan kesihatan Abdul Hadi sebelum ini yang dilaporkan mungkin kepenatan, Syahir berkata, beliau ada menghadiri beberapa mesyuarat selama seminggu ini.
"Dalam seminggu ini memang ada beberapa mesyuarat penting, cuma banyak masa beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur.
"Tidak ada petanda awal tentang kesihatan Tuan Guru. Cuma sekitar Maghrib (semalam), Tuan Guru mengadu agak sukar untuk bernafas.
"Kami bincang terus ke kecemasan untuk buat pemeriksaaan. Tuan Guru mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) dari Hospital Putrajaya," katanya.
BACA: Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
Dalam pada itu kata Syahir, Abdul Hadi pernah menerima rawatan dan pembedahan injap di IJN pada 2017.
"Kita ada jadual janji temu dari pihak IJN. Tuan guru sentiasa jaga makan dan ikut nasihat doktor.
"Kita akan maklumkan apa perkembangan terkini, cuma atas nasihat doktor, kita harap tuan guru dapat ruang untuk berehat, pelawat juga harus dihadkan," katanya.
Sementara itu anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil dalam hantaran di laman Facebook sebentar tadi menjelaskan, ayahnya dalam keadaan stabil dan perlukan rehat.
"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
"Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah," ujarnya.
Astro Awani
Tue Feb 16 2021
![Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598598920_AbdulHadiAwang.jpg)
Abdul Hadi sebelum ini dikatakan kepenatan, mungkin kerana menghadiri beberapa mesyuarat di Terengganu dan Kuala Lumpur seminggu ini. - Gambar fail
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720561781_AbdulHadi.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424816_ZahidHadiAwang.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
![Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717916690_TBTokMatjpg.jpg)
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
![Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714812254_Himpunan.jpg)
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
![Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697954745_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
![Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711313306_HadiAwang.jpg)
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
![Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710625577_TBAbdulHadi.jpg)
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
![Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709882975_AbdulHadiAwang.jpg)
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
![Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709801055_TBNikNazmi.jpg)
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
!['Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang 'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709704387_HadiAwang.jpg)
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.