Tren Ekspres Timuran dijangka mengalami kelewatan melebihi dua jam susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di km392.5 antara Bukit Abu-Dabong, Kuala Krai, Kelantan, semalam.
Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata penumpang yang terjejas boleh membuat tuntutan pemulangan tambang atau menukar semula tarikh perjalanan.
"Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Perkhidmatan tren KTMB antara bandar Pantai Timur alami gangguan akibat banjir dan tanah runtuh
Beliau berkata bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No.26 (Johor Bahru Sentral-Tumpat), perkhidmatan tren hanya disediakan hingga ke Stesen Gua Musang dan penumpang boleh meneruskan perjalanan dari Stesen Gua Musang ke Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat menggunakan bas yang disediakan oleh pihak KTMB.
Bagi perjalanan Ekspres Timuran No.27 (Tumpat-Johor Bahru Sentral), perkhidmatan itu akan bermula dari Stesen Gua Musang sahaja dan penumpang boleh meneruskan perjalanan ke Johor Bahru Sentral menggunakan tren.
Siti Badariah berkata semua perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Krai masih lagi digantung sehingga dimaklumkan kemudian.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau layari laman sesawang kami di www.ktmb.com.my.
Dalam kejadian tanah runtuh pagi semalam, sebuah kereta api antara bandar dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir. Kesemua 33 penumpang dan empat kru kereta api itu selamat tanpa kecederaan. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 01 2017
Menurut KTMB, penumpang yang terjejas boleh membuat tuntutan pemulangan tambang atau menukar semula tarikh perjalanan. - Gambar fail
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang terkawal
Sebanyak enam balai terlibat bagi pemantauan ini dan tumpuan adalah untuk melihat jika fenomena itu memberikan kesan signifikan kepada masyarakat setempat.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
KTMB tambah baik jadual perjalanan komuter sektor Lembah Klang dan utara
Jadual waktu terkini untuk laluan berkenaan akan berkuat kuasa pada 25 Julai.
89,976 tiket KTMB masih ada untuk pulang beraya
Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
KTMB kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan 8.30 pagi ini
Tren ulang-alik antara sempadan Malaysia-Thailand melibatkan perkhidmatan State Railway of Thailand pula digantung sepenuhnya buat sementara.
KTMB tawar lebih 900,000 tiket balik raya
KTMB menawarkan lebih 900,000 tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang disambut pada Mei.
KTMB patuhi garis panduan cegah penularan koronavirus
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak koronavirus.
Pemandu parah lori terbabas ke landasan kereta api di Nilai
Seorang lelaki parah selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum memasuki landasan kereta api dalam kejadian di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar, Nilai.
Operasi perkhidmatan tren kembali seperti biasa - KTMB
Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah kembali beroperasi seperti biasa hari ini, menurut satu kenyataan media.
Pelanggaran tren: KTMB mulakan siasatan secepat mungkin
Siasatan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca serta langkah yang perlu diambil untuk menanganinya.
Satu gerabak 'Expres Timuran' tergelincir di Bera
Sebuah gerabak kereta api 'Tren ExpresTimuran' tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.