KUALA LUMPUR: Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 akan meningkatkan rantaian nilai ekonomi ahli koperasi terutamanya daripada golongan B40.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia sekali gus akan mengukuhkan bakat dan pembangunan modal insan.
“Kami perlu mempertingkatkan soal kebolehan, ilmu, kebolehan pentadbiran ahli-ahli koperasi, pentadbiran koperasi dan sebaginya untuk memacukan koperasi ke hadapan,” kata Wan Junaidi pada satu taklimat media khas pada Selasa.
Beliau berkata pelan transformasi tersebut juga akan membantu meningkatkan tahap sosioekonomi selain membentuk ekosistem yang holistic dan kondusif bagi menyokong pertumbuhan mampan koperasi.
Dalam perkembangan berkaitan, menerusi TransKoM, MEDAC menyasarkan lima peratus sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025 dan RM60 bilion sumbangan perolehan koperasi.
“Ketika ini, sektor koperasi hanya menyumbang hanya sekitar tiga ke empat peratus kepada KDNK.
“Jika dilihat pada dasar ‘dollar and cents”, ia memang banyak. Tetapi kalau dilihat dari segi sumbangan daripada 6.1 juta ahli dan 14,625 koperasi, ia masih jauh daripada mencukupi dan memuaskan pandangan saya,” katanya.
TransKom merupakan perancangan jangka masa lima tahun MEDAC yang menggariskan matlamat dan langkah strategik komprehensif bagi memastikan Gerakan Koperasi dapat memberi manfaat lebih besar dan menyeluruh kepada kesejahteraan anggota ahli, masyarakat serta memastikan koperasi lebih berdaya saing, lestari serta mampan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyempurnakan pelancaran TransKom pada 30 Mac ini.
Astro Awani
Tue Mar 16 2021
WAN JUNAIDI: Kami perlu mempertingkatkan soal kebolehan, ilmu, kebolehan pentadbiran ahli-ahli koperasi, pentadbiran koperasi dan sebaginya untuk memacukan koperasi ke hadapan. - Gambar fail
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin berkata pelan itu dapat memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing sekali gus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat.
TransKoM 2021-2025 tingkatkan rantaian nilai ekonomi ahli koperasi B40
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata, ia sekali gus akan mengukuhkan bakat dan pembangunan modal insan.