Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang mengesan 423 kes jenayah melibatkan pelbagai jenis penipuan dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, dari jumlah itu, sebanyak 162 kes atau 35.8 peratus adalah penipuan siber yang melibatkan transaksi perniagaan menerusi laman web.
"Kes penipuan transaksi menerusi portal web mudah.com mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyk 88 kes atau 19.5 peratus berbanding penipuan siber lain termasuk tipu parcel, tipu melalui facebook, aplikasi whatsapp, Instagram, wechat dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Kesedaran Jenayah peringkat Kontinjen Pahang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kampus Kuantan, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kampus UIA Kuantan, Profesor Datuk Dr Tarik Abd Razak.
Fatimah berkata dalam tempoh yang sama juga sebanyak 35 kes penipuan menyamar diri sebagai penjawat awam seperti PDRM, Kastam dan pegawai agensi kerajaan yang lain.
Dalam pada itu Fatimah berkata kebanyakan mangsa penipuan siber terdiri dari kalangan golongan muda iaitu penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah dan kebanyakan dari mangsa yang ditipu melibatkan transaksi barangan seperti telefon bimbit dan alat kosmetik.
Sehubungan dengan itu katanya, pihak PDRM kini mengambil pendekatan secara responsif dan bersepadu bagi membina jalinan untuk meningkatkan hubungan dengan masyarakat bagi membanteras jenayah penipuan dari terus berleluasa.
Katanya, program seperti Kesedaran Jenayah yang dijalankan bersama para penuntut dan kakitangan UIA juga satu dari usaha pihak PDRM dalam mematahkan semua peluang penjenayah untuk melakukan jenayah di negeri ini.
"Menerusi program ini kita dapat memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa kini jenayah bukan sahaja boleh berlaku secara mata kasar tetapi juga di alam siber," katanya.
Bernama
Wed Nov 04 2015
Kes penipuan transaksi menerusi portal web mudah.com mencatatkan kes tertinggi jenayah siber di Pahang iaitu sebanyak 88 kes atau 19.5 peratus. - Gambar Hiasan
Belanjawan 2025 penuhi keperluan semua segmen pelajar - Fadhlina
Komitmen besar daripada kerajaan itu adalah inklusif yang bermaksud tiada anak-anak yang akan terpinggir serta semua segmen pelajar mendapat manfaat daripada peruntukan itu.
Ernie Zakri hiasi papan iklan Times Square buat kali kedua
Pengiktirafan berprestij ini datang dari EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia.
AWANI Ringkas: Tahanan dalam rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kadar gaji minimum RM1,700 terpakai untuk pekerja asing
Dasar gaji minimum tidak mendiskriminasi pekerja berdasarkan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100 dan undang-undang buruh Malaysia.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
[TERKINI] Keadaan sungai keroh menyukar usaha mencari lima peserta hilang
Air keruh menyukarkan usaha mengesan lima peserta lumba perahu yang hilang di Sungai Sarawak, petang semalam.
Pelbagai aktiviti untuk anak Sarawak
Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 di Kuala Lumpur pada Sabtu menyaksikan peningkatan penglibatan yang cukup menggalakkan, khususnya pameran pempamer daripada sektor kerajaan dan swasta, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Yahya Sinwar
Mohd Na'im berkata semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia.
RUU tahanan di rumah bakal dibentang di Parlimen tahun depan - Saifuddin
Beliau berkata Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.
Perahu karam: Tiga selaman bomba gagal temui mangsa
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa masih belum dikesan.
Transaksi menerusi portal mudah.com dominasi jenayah siber di Pahang
Polis Pahang mengesan 423 kes jenayah melibatkan pelbagai jenis penipuan dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Polis pantau keselamatan elak jenayah musim banjir
Polis akan memantau secara berkala bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan memecah masuk rumah mangsa banjir.