"Syukur dapat duduk melihat Kaabah, semalam datang (10 Sept), tapi tak dapat lihat Kaabah. Hari ini dapat posisi baik, bersolat depan Kaabah. Seronok sangat dapat duduk depan bersolat menghadap Multazam (pintu Kaabah) pula".
Demikian kata-kata akhir Allahyarham Rusiah Suar, 56, dari Sungkai Perak, antara lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Mekah, Jumaat lepas, kepada rakan sebilik Zurina Yahya.
Menurut Zurina, 56, dari Alor Star, Kedah, tidak lama selepas perbualan di Masjidil Haram itu, beliau terdengar bunyi riuh rendah dan melihat Kak Rus (nama pangilan pada Allahyarham) sudah pun terbaring.
Zurina tiba di tanah suci menerusi penerbangan KT47 pada Rabu lepas (9 Sept) bersama ibu (Khalijah Che Mat, 70-an) dan Che Lian Saleh, 58 (ibu saudara) dan ditempatkan sebilik bersama Jainah Amir (nama pangilan Maksu), 58 dan Allahyarham Rusiah yang berasal dari Sungkai, Perak.
Keadaan menjadi panik, hiruk-pikuk dan kelam-kabut dengan jemaah haji bersesak-sesak menyelamatkan diri daripada sesuatu, katanya.
Zurina yang ketika itu sedang duduk sebaris bersolat di Masjidil Haram bersama ibu, ibu saudara dan Maksu, bingkas bangun untuk sama-sama jemaah lain menyelamatkan diri daripada kekecohan yang mereka sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku.
"Saya bangun capai tangan ibu dan bersesak-sesak dengan keadaan jemaah lain, saya lihat Kak Rus terbaring, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa.
"Saya yakinkan diri saya yang Kak Rus akan dibantu jemaah lain atau pasukan keselamatan. Di luar Masjidil Haram hujan lebat ketika itu," katanya.
Dalam suasana kelam kabut itu, Zurina yang masih dalam proses pemulihan akibat kemalangan pada 2013, sentiasa memimpin tangan ibunya yang mengalami masalah pendengaran agar tidak terlepas. Ibu saudara dan Maksu (Jainah) juga berada bersama ketika mereka menyelamatkan diri.
"Saya masih dalam proses pemulihan untuk berjalan semula dengan menggunakan tongkat. Tapi pada hari kejadian kren tumbang selepas waktu Asar...saya boleh berjalan dan pimpin insan-insan yang saya sayangi mencari arah pulang ke Maktab 89, di bangunan Masaat Al Badae, yang jaraknya 900 meter dari Masjidil Haram," katanya dan menambah berita kematian Kak Rus dimaklumkan kepada mereka sebelum solat Maghrib malam tadi.
BACA: Impian emak meninggal dunia di Mekah termakbul - Anak
FOTO: Tragedi kren runtuh di Masjid al-Haram, Mekah
Rusiah yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden berkenaan, disahkan sebagai mangsa pertama jemaah Malaysia yang terkorban.
Empat lagi yang disahkan terkorban ialah Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan mangsa terbaharu disahkan hari ini ialah Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.
Bernama
Mon Sep 14 2015
Rusiah yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden berkenaan, disahkan sebagai mangsa pertama jemaah Malaysia yang terkorban.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Insiden kren SUKE: Gagal pastikan keselamatan di tapak pembinaan, Zhongshi International didenda RM45,000
Syarikat itu didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya dengan tidak memastikan pengendalian komponen kren gantri yang selamat.
Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.
Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.
Siasatan tragedi SUKE siap dalam tempoh sebulan - JKKP
Siasatan melibatkan pemerhatian dan penelitian di lokasi kejadian, mengambil keterangan saksi dan melakukan analisis kejuruteraan forensik bagi melengkapkan proses siasatan.
Adakah jalan-jalan kita selamat?
Jika ia melibatkan orang awam yang hanya secara kebetulan berada di tempat kejadian. sudah tentu rakyat akan menuntut tindakan-tindakan yang drastik.
Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Satu lagi mangsa korban dipercayai masih tersepit
Seorang lagi mangsa kejadian kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini disahkan masih belum berjaya dikeluarkan.
Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam.
Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Kren runtuh di pelabuhan India, 11 maut
Ketika kejadian, kren besar yang runtuh menimpa beberapa individu itu sedang digunakan bagi mengangkut muatan kapal.
Jejantas jatuh timpa lori, pemandu derita tersepit empat jam
Lori telah melanggar jejantas pejalan kaki mengakibatkan jejantas itu jatuh dan menimpa kepala lori dan seorang mangsa didapati tersepit.