BATU PAHAT: Keluarga seorang mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Chukai, Terengganu, masih berharap Muhammad Fikri Saliman, 24, dapat pulang ke kediamannya di sini dengan selamat.
Abang mangsa, Shahrizal Saliman, 40, berkata walaupun adik bongsunya itu masih belum ditemui, mereka sekeluarga sentiasa mengharapkan keajaiban, dan terus setia menanti laporan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Shahrizal berkata seluruh anggota keluarganya tidak menyangka kali terakhir bertemu Muhammad Fikri yang mesra dengan gelaran 'adik' itu adalah ketika Hari Raya Aidiladha, Khamis lepas sekitar pukul 8 pagi.
"Kalau adik ditemukan selamat dan masih hidup, syukur alhamdulillah dan kami menganggap itu adalah rezeki kami, tetapi kalau adik sudah tiada, kami kena reda.. namun, kami sebagai waris hendak tengok dan pastikan jenazahnya," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, di Kampung Parit Kuda, Semerah di sini hari ini.
Katanya mereka sekeluarga hanya mengetahui kejadian berkenaan yang membabitkan Muhammad Fikri dan keluarga tunangnya itu melalui sepupu mereka sekitar tengah hari, semalam.
KEPALA AIR-KELUARGA 2 (AKHIR) BATU PAHAT
"Sebelum bergerak ke sana (Pahang) menaiki motosikal, adik baru sahaja pulih dari demam, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami ada bertanya bila akan balik ke sini (Batu Pahat), dia jawab, sama ada Sabtu atau Ahad, kerana Isnin sudah bekerja.
"Perasaan kami ketika membaca berita mengenai tragedi itu tidak dapat dibayangkan, apatah lagi apabila sepupu menunjukkan kad pengenalan milik adik. Nak kata tidak percaya - mustahil, kerana itu memang benar kad pengenalan milik adik," katanya.
Shahrizal berkata beliau akan ke Terengganu malam ini bersama dengan beberapa ahli kariah Masjid Kampung Parit Kuda, bagi membantu usaha mencari adiknya yang masih belum dapat dikesan.
Semalam, media melaporkan 10 mangsa termasuk sembilan sekeluarga dihanyutkan arus deras kepala air sewaktu berkelah di Jeram Air Putih pada Sabtu.
Muhammad Fikri adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, yang turut serta dalam perkelahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Shahrizal berkata seluruh anggota keluarganya tidak menyangka pagi Hari Raya Aidiladha pada Khamis lepas merupakan kali terakhir mereka bertemu Muhammad Fikri. - Foto BERNAMA
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
Tragedi kepala air: Waris faham kesukaran pasukan SAR
Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan.
Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air
Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa.
Tragedi kepala air: Demi kasih, abang sanggup tunggu, bantu cari adik
Seorang abang sanggup bersama-sama dalam usaha pencarian Muhammad Fikri Saliman, 24, yang masih hilang akibat tragedi Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman.
Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang
Seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang.
Kepala air Jeram Air Putih: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga 10 mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu semalam.
'Orang luar tak tahu bahaya kepala air Jeram Air Putih' - Penduduk kampung
Menurut penduduk, kawasan jeram itu sememangnya terkenal sebagai kawasan rekreasi dan menjadi lubuk digemari ramai kaki pancing.
Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga
Eiyi Johari, 60, bapa kepada Allahyarham Azizah Eiyi, 40, yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman reda dengan pemergian anaknya.
[KEMAS KINI] Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Enam mayat sudah ditemui, empat masih hilang
Empat lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di Kemaman ditemui pada Isnin.
Tragedi Jeram Air Putih: Laporan awal dijangka siap dalam masa terdekat - Nik Nazmi
Ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains masih melakukan tinjauan awal di lokasi kejadian dan pihak polis sedang melakukan siasatan.