KUALA TERENGGANU: Sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik Karim Abdullah, 39, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemukan pasukan pencarian, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata turut ditemukan dalam beg sandang hitam itu ialah tanda nama "Fatin" dipercayai milik Putri Nor Fatin Karim, 14, iaitu satu-satunya mangsa yang masih hilang, selain wang tunai sebanyak RM1,279, kad perkahwinan, jam tangan, telefon bimbit dan seutas kalung.
Beliau berkata beg itu ditemukan di tebing pasir pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian pada 12 tengah hari semalam.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu beg duit di dalamnya jenama Michael Kors berwarna hitam yang mengandungi pelbagai dokumen peribadi dan barangan berharga milik mangsa, antaranya kad pengenalan dan MyKid (anak-anak) dan beberapa keping kad bank," katanya dalam kenyataan.
Katanya barangan itu akan diserahkan kepada waris mangsa dalam masa terdekat.
Pada 1 Julai lepas, Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta tujuh anak mereka dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pergi berkelah ke jeram berkenaan yang turut disertai Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor.
Kesemua mereka dipercayai dihanyutkan arus deras kepala air dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan polis keesokkan harinya selepas penemuan mayat Azizah yang terapung dibawa arus sungai sejauh 24 km dari lokasi kejadian dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, dua km dari lokasi kejadian.
Setelah seminggu pencarian, sembilan mayat ditemukan dan telah selamat dikebumikan, namun Putri Nor Fatin masih belum dikesan hingga kini.
Operasi SAR diteruskan dengan skala lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan BBP Chukai serta agensi penyelamat yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Pasukan penyelamat ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih Kemaman pada 8 Julai 2023. -Gambar fail/Bernama
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Cuaca gelap, operasi SAR ditangguhkan
Operasi SAR empat lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditangguhkan hari ini, dan akan disambung pagi esok.
Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Identiti tiga lagi mangsa dikenal pasti
Identiti tiga lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman telah dikenal pasti.