GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden pesawat Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kepada Juruterbang Operasi 18 Skuadron TUDM, Kapten Nazrin Mohd Nadzri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman serta Exco Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.
Kon Yeow turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga kedua-dua mangsa dan berharap mereka tabah menerima dugaan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk MK 108 TUDM terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan malam.
Insiden itu menyebabkan Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, meninggal dunia manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar, 33, cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Jenazah Mohamad Affendi yang telah selesai dibedah siasat kira-kira jam 2 petang tadi dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth untuk solat jenazah sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan untuk urusan pengebumian di kampung halamannya di Pahang.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 17 2021
Sumbangan itu disampaikan Kon Yeow kepada Juruterbang Operasi 18 Skuadron TUDM, Kapten Nazrin Mohd Nadzri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada Rabu. - Gambar/ Astro AWANI
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Tragedi Hawk: TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas
Segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.
Tragedi Hawk: Kebajikan keluarga juruterbang diberi perhatian - Hishammuddin
Kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat nahas pesawat Hawk 108 akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).
Tragedi Hawk: Jenazah juruterbang selamat dikebumikan di Muadzam Shah
Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Kapten Mohamad Affendi Bustamy pada Rabu jam 8.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah.
Tragedi Hawk: Kerajaan Negeri P. Pinang sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa
Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kepada Juruterbang Operasi 18 Skuadron TUDM, Kapten Nazrin Mohd Nadzri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada Rabu.
Tragedi Hawk: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi
Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pada Rabu merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam insiden pesawat TUDM yang terhempas malam tadi.