KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.
Pengurus Pasukan Misi Malaysia Everest 2023 (ME23) Ayu Wanirah Naharuddin berkata operasi itu dikendalikan oleh salah seorang pendaki, Tiong Ling Yang, yang turut dikenali sebagai Vincent.
Beliau berkata SAR menerusi udara telah dilakukan semalam namun tidak menemukan kesan manusia di kawasan pendakian.
"SAR darat di kawasan ceruk terus dilakukan di atas Kem Dua. Mencari di ceruk memerlukan tenaga mahir dan kita telah kerahkan sebanyak mungkin tenaga mahir yang ada di kawasan sekitar.
"Kita telah jumpa jaket Gore-Tex yang mengandungi 'recco' (sejenis peralatan pengesan) milik Muhammad Hawari di Kem Dua. Pihak (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) telah berhubung dengan polis Nepal untuk bantuan menjejaki iPhone milik Muhammad Hawari," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Jumaat lepas, Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu.
Pada hari sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga peserta misi disahkan meninggal dunia selepas terjatuh semasa pendakian sehari sebelumnya.
Ayu Wanirah berkata terdapat sekumpulan orang Sherpa akan membuat pemeriksaan bagi mencari Muhammad Hawari di setiap khemah di Kem Dua, Tiga dan Empat, hari ini.
" (Pihak) Suunto Malaysia ada memberitahu akan membantu menjejaki pendaki tersebut sekiranya Hawari menyimpan segala aktiviti di dalam aplikasinya. Suunto juga melaporkan kejadian ini ke pihak berkuasa Finland untuk berkongsi data tersebut.
"Mereka akan cuba. Jika data tidak disimpan kita mungkin tak dapat cari Hawari tapi akan tetap cuba. Kini terserah kepada pihak polis Finland dan ibu pejabat Suunto," katanya.
(Suunto ialah jam tangan pintar buatan Finland yang antaranya mempunyai ciri navigasi dan komunikasi, selain boleh menyimpan data berkaitan aktiviti penggunanya)
Selain itu, Ayu Wanirah berkata usaha membawa turun jenazah Awang Askandar dari Everest Base Camp ke Kathmandu, Nepal sedang giat dijalankan yang dikendalikan sendiri oleh beliau.
"Enam orang Sherpa akan berada di Kem Empat menjelang petang ini. Esok pagi, jenazah akan dibawa turun ke kawasan selamat bagi helikopter melakukan 'long line rescue'. Seterusnya akan dibawa ke Kathmandu, Nepal.
"Pihak kedutaan (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) berhubung rapat dengan saya dan mereka akan menerima jenazah tersebut di Kathmandu. Cuaca sekarang agak berawan dan bersalji, semoga cuaca baik esok," katanya.
ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud dan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu turut disertai bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak yang juga ketua eskpedisi.
Misi itu bermula 2 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
![Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684712436_PendakiNegara.jpg)
Jumaat lepas, Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu. - Fail/Sinar Harian
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727844225_TBFELCRO.jpg)
Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap
Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom,yang disyaki dicampak ke Sungai Padang Terap diteruskan.
![Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684712436_PendakiNegara.jpg)
Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit
Operasi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.
![Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663769457_TBTULANGBOMBA.jpg)
Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan
Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, ditamatkan hari ini.
![Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656365375_OperasiSARcarilel.jpg)
Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang
Setakat ini mangsa belum ditemui dan difahamkan penduduk kampung turut sama membantu mencari mangsa yang hilang.
![Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei ditangguh Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646861107_EricChangWeiJei.jpg)
Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei ditangguh
Setakat jam 10 pagi, aset menyelamat belum lagi dapat dikeluarkan atas faktor hujan dan keadaan sungai.
![Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645013732_pacuanempatroda.jpg)
Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang
Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan Shukri Wahab, 52, masih belum ditemui.
![Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633502256_TBNELAYANHILANG.jpg)
Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula
Kehilangan mangsa, seorang warga tempatan, Chng Poh Chuan, 71, disedari adik iparnya apabila mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar ke laut.
![Pekerja kebun sayur dikhuatiri tertimbus tanah runtuh Pekerja kebun sayur dikhuatiri tertimbus tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609770174_TanahRuntuh.jpg)
Pekerja kebun sayur dikhuatiri tertimbus tanah runtuh
Akhund Md Ziarul, 37, disedari hilang oleh majikannya selepas tidak pulang ke rumah kongsi yang terletak dalam kawasan kebun sayur tidak jauh dari situ.
![Datuk Bandar Seoul yang dilapor hilang ditemukan mati Datuk Bandar Seoul yang dilapor hilang ditemukan mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594331791_TBparkwonsoon.jpg)
Datuk Bandar Seoul yang dilapor hilang ditemukan mati
Mayat Park Won-Soon ditemui berhampiran kawasan pergunungan Bugak di utara negara itu, lokasi terakhir isyarat telefonnya dikesan.
![Bot karam perairan Merabung: Operasi SAR tetap diteruskan walau ombak kuat Bot karam perairan Merabung: Operasi SAR tetap diteruskan walau ombak kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61572255206_SARbotkaram.jpg)
Bot karam perairan Merabung: Operasi SAR tetap diteruskan walau ombak kuat
Seramai 12 anggota PPM menggunakan tiga buah bot ronda dihantar bagi menjalankan pencarian enam mangsa yang masih hilang.