Sehingga semalam, Polis Pulau Pinang sudah merekod keterangan daripada 45 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini 19 Okt lepas yang mengorbankan sembilan nyawa pekerja asing.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A.Thaiveegan berkata mereka terdiri daripada kalangan pihak kontraktor projek, subkontrator dan pakar-pakar berkaitan serta petugas beberapa agensi kerajaan yang terlibat dalam projek itu.
Beliau berkata ada beberapa lagi individu yang akan dipanggil untuk diambil keterangan dan sehingga kini semua pihak memberikan kerjasama yang baik, namun beliau memberi amaran polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mana-mana pihak yang enggan memberi kerjasama dalam siasatan itu.
"Sehingga tahap ini, saya tidak boleh dedahkan hasil awal siasatan kami kerana polis sedang melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa individu yang sudah diambil keterangan sebelum ini, dijangka akan dipanggil sekali lagi bagi melengkapkan siasatan, kerana ia perlu dengan teliti serta lengkap, dan menurutnya pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang Zainal Samah sedang bekerja keras menyiasat secara terperinci dari pelbagai aspek untuk melihat sekiranya ada unsur-unsur kecuaian dalam kejadian itu.
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang dalam majlis berasingan berkata Jawatankuasa Khas MBPP yang ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh itu, sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"MBPP masih menjalankan siasatan dan apabila siap sepenuhnya nanti, kami akan maklumkan (kepada orang ramai)," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus pada pukul 1.56 tengah hari itu turut mengakibatkan empat rakyat asing cedera, manakala seorang lagi dilapor hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
![Tragedi Bukit Kukus: Polis akan tahan pihak enggan beri kerjasama Tragedi Bukit Kukus: Polis akan tahan pihak enggan beri kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540207175_bukitkukus.jpg)
Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus pada pukul 1.56 tengah hari itu turut mengakibatkan empat rakyat asing cedera, manakala seorang lagi dilapor hilang.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702544395_TBZaynjpg.jpg)
Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
Ganjaran ditawarkan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
![Tragedi Bukit Kukus: Polis akan tahan pihak enggan beri kerjasama Tragedi Bukit Kukus: Polis akan tahan pihak enggan beri kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540207175_bukitkukus.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: Polis akan tahan pihak enggan beri kerjasama
Polis Pulau Pinang sudah merekod keterangan daripada 45 individu bagi bantu siasatan kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini 19 Okt lepas yang korbankan sembilan nyawa, semalam.
![Polis rekod keterangan 40 individu bagi bantu siasatan kes tanah runtuh Polis rekod keterangan 40 individu bagi bantu siasatan kes tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540205831_950x600.jpg)
Polis rekod keterangan 40 individu bagi bantu siasatan kes tanah runtuh
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A.Thaiveegan berkata mereka terdiri daripada pelbagai individu termasuk mangsa yang terselamat, keluarga mangsa, kontraktor projek dan pakar-pakar berkaitan.
![Penjawat awam antara empat ditahan edar dadah Penjawat awam antara empat ditahan edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533891023_ATHAIVEEGAN.jpg)
Penjawat awam antara empat ditahan edar dadah
Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat lelaki termasuk seorang penjawat awam dalam tiga serbuan berasingan di Pulau Pinang, kelmarin.
![39 ditahan libatkan judi bola mencecah taruhan RM1.8 juta 39 ditahan libatkan judi bola mencecah taruhan RM1.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530596523_JUDIBOLA.jpg)
39 ditahan libatkan judi bola mencecah taruhan RM1.8 juta
Polis Pulau Pinang menahan 39 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian bola sepak membabitkan jumlah pertaruhan mencecah RM1.8 juta sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.
!['Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP 'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528021085_Thaiveegan.jpg)
'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP
Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menahan seorang peguam bela selepas dia didakwa melakukan ugutan terhadap seorang pegawai Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
![Polis Pulau Pinang terima 105 laporan polis berkaitan politik Polis Pulau Pinang terima 105 laporan polis berkaitan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524828962_Thaiveegan.jpg)
Polis Pulau Pinang terima 105 laporan polis berkaitan politik
Ketua Polis Negeri, Datuk A Thaiveegan, berkata, daripada jumlah itu, hanya sembilan laporan sedang disiasat termasuk satu laporan membabitkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).