Sebanyak 105 laporan polis berkaitan politik telah diterima oleh Polis Pulau Pinang sejak Parlimen dibubarkan pada 7 April lalu.
Ketua Polis Negeri, Datuk A Thaiveegan berkata, daripada jumlah itu, hanya sembilan laporan sedang disiasat termasuk satu laporan membabitkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Thaiveegan, 105 laporan yang diterima adalah daripada 588 aktiviti politik yang telah direkodkan di Pulau Pinang.
Setakat ini kita mencatatkan di Pulau Pinang sebanyak 588 aktiviti politik yang telah dicatatkan dan dalam itu, 105 laporan polis telah dibuat sehingga tengah malam tadi.
"Polis juga telah melakukan siasatan ke atas sembilan laporan polis, jadi ini menunjukkan satu keadaan yang baik, positif dan masih di tahap yang terkawal. Saya percaya dan harap keadaan terkawal ini akan berterusan sehingga tamatnya PRU14," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontibjen Pulau Pinang pada Jumaat.
Menurut Thaiveegan, hampir 3,000 anggota polis akan ditugaskan di lima daerah di negeri itu sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), esok.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar menghormati peraturan yang telah ditetapkan dan tidak membuat sebarang provokasi sehingga boleh menimbulkan kekacauan.
Dalam pada itu, Thaiveegan turut mengingatkan semua pihak yang ingin melakukan aktiviti politik agar memohon permit daripada ketua polis daerah masing-masing terlebih dahulu bagi membolehkan polis melakukan persediaan secukupnya termasuk memantau keadaan.
Astro Awani
Fri Apr 27 2018

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan ketika sidang akhbar sempena Hari Penamaan Calon di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
Ganjaran ditawarkan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Tragedi Bukit Kukus: Polis akan tahan pihak enggan beri kerjasama
Polis Pulau Pinang sudah merekod keterangan daripada 45 individu bagi bantu siasatan kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini 19 Okt lepas yang korbankan sembilan nyawa, semalam.

Polis rekod keterangan 40 individu bagi bantu siasatan kes tanah runtuh
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A.Thaiveegan berkata mereka terdiri daripada pelbagai individu termasuk mangsa yang terselamat, keluarga mangsa, kontraktor projek dan pakar-pakar berkaitan.

Penjawat awam antara empat ditahan edar dadah
Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat lelaki termasuk seorang penjawat awam dalam tiga serbuan berasingan di Pulau Pinang, kelmarin.

39 ditahan libatkan judi bola mencecah taruhan RM1.8 juta
Polis Pulau Pinang menahan 39 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian bola sepak membabitkan jumlah pertaruhan mencecah RM1.8 juta sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

'Keluar nanti tembak dia', polis tahan peguam didakwa ugut DPP
Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menahan seorang peguam bela selepas dia didakwa melakukan ugutan terhadap seorang pegawai Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Polis Pulau Pinang terima 105 laporan polis berkaitan politik
Ketua Polis Negeri, Datuk A Thaiveegan, berkata, daripada jumlah itu, hanya sembilan laporan sedang disiasat termasuk satu laporan membabitkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).