KUALA TERENGGANU: Keputusan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap treler yang terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut di Lebuh raya Utara Selatan pada 12 Mei lepas akan diketahui minggu depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata ketika ini pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut.
Beliau berkata JPJ juga sedang memeriksa sama ada treler tersebut ada melalui ujian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan mematuhi semua peraturan serta spesifikasi ditetapkan.
"Hanya selepas semua pemeriksaan ini selesai dijalankan, barulah kita boleh buat keputusan sama ada treler ini mematuhi peraturan atau tidak... kita akan jelaskan dalam satu kenyataan nanti.
"Setiap kenderaan sama ada lori, treler atau bas mempunyai kompleksiti pemeriksaan berbeza apatah lagi treler itu sudah rosak, jadi bahagian yang kita mahu periksa ini seperti brek dan klac perlu dilihat dengan terperinci sama ada memenuhi spesifikasi kejuruteraan automobil JPJ yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPJ Terengganu di sini hari ini.
Dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora dekat Kuala Kangsar itu, lima pelajar USAS meninggal dunia iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, selepas kereta dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh treler dari arah belakang.
Ditanya tentang tindakan JPJ berikutan kekerapan kemalangan disebabkan kenderaan berat sejak akhir-akhir ini, Zailani berkata JPJ sentiasa menggunakan pendekatan advokasi dan penguatkuasaan di lapangan.
"Orang ramai juga dialu-alukan untuk menghantar aduan kepada JPJ melalui aplikasi e-Aduan kerana sistem ini dapat membantu mengenal pasti pesalah dengan lebih pantas dan tepat iaitu kurang 48 jam dari tempoh aduan dibuat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora dekat Kuala Kangsar itu, lima pelajar USAS meninggal dunia, selepas kereta mereka terbakar dirempuh treler dari belakang. - Gambar fail/ Bernama
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Tragedi 5 penuntut USAS: Keputusan audit keselamatan treler nahas minggu depan
JPJ sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut.