KUALA LUMPUR: Jumlah trafik penumpang udara bagi suku pertama 2022 mencapai 8.7 juta, jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Disebabkan kesan asas yang rendah, pertumbuhan sebanyak 415.6 peratus tahun ke tahun dicatatkan berbanding -91.2 peratus tahun ke tahun pada suku yang sama tahun lepas.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim dalam satu kenyataan hari ini berkata susulan daripada pelonggaran sekatan perjalanan di Malaysia, industri penerbangan semakin pulih daripada kesan pandemik, selaras dengan peningkatan jumlah trafik penumpang pada awal tahun 2022.
"Berikutan pembukaan sempadan antarabangsa negara sejak April tahun 2022, pemantauan dilakukan oleh MAVCOM menunjukkan bahawa peningkatan tersebut didorong oleh permintaan terpendam terhadap penerbangan dan pelancongan.
"MAVCOM memahami bahawa orang ramai masih berhati-hati disebabkan konflik global serta ketidaktentuan ekonomi sedia ada. Walaubagaimanapun, ia kekal positif dan mengunjurkan bahawa sektor penerbangan akan terus pulih pada 2022 dengan pelaksanaan langkah-langkah yang sesuai," katanya.
Dalam laporan Waypoint yang diterbitkan sebanyak dua kali setahun, ia berkata pertumbuhan trafik penumpang udara tersebut kebanyakannya didorong oleh penumpang udara domestik yang menyumbang sebanyak 88.8 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara pada suku pertama 2022.
MAVCOM juga melaporkan bahawa jumlah kargo mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2022, meningkat kepada 5.1 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK) daripada daripada 4.8 bilion FTK direkodkan pada suku pertama tahun 2021.
Pertumbuhan itu didorong oleh kapasiti ruang kargo pesawat yang kembali beroperasi semula berikutan penerbangan antarabangsa disambung semula secara beransur-ansur.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Jumlah trafik penumpang udara bagi suku pertama 2022 mencapai 8.7 juta, jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.

Mavcom unjur trafik penumpang melangkaui 84.5 juta pada 2023, 93.9 juta untuk 2024
Saripuddin berkata pertumbuhan dalam trafik penumpang telah menyerlahkan pemulihan berterusan sektor penerbangan di Malaysia.

Trafik penumpang AirAsia X meningkat 50 peratus kepada 504,476 pada suku pertama 2023
Ia disokong oleh peningkatan kapasti tempat duduk yang berkembang sebanyak 47 peratus suku ke suku kepada 630,069 tempat duduk.

Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.

Peratusan keluar mengundi rendah mungkin jejaskan kerancakan sektor penerbangan menjelang PRU15
Dari segi sejarah, trafik penumpang cenderung meningkat semasa pilihan raya apabila pengundi kembali ke kawasan masing-masing.

Jumlah trafik penumpang MAHB naik lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan peningkatan trafik penumpangnya untuk Malaysia lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022 (1H 2022) berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Trafik penumpang udara cecah 8.7 juta pada separuh pertama 2022 - MAVCOM
Jumlah trafik penumpang udara bagi suku pertama 2022 mencapai 8.7 juta, jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Trafik penumpang udara diunjur meningkat lebih 300 peratus pada 2022 - MAVCOM
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara meningkat 316 peratus kepada 525 peratus tahun ke tahun pada 2022, mencatatkan antara 32.6 juta dan 49.0 juta penumpang.