Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal mengakui bahawa beliau bimbang dengan nasib golongan Bumiputera jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani kelak.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan sejauh mana kemampuan kerajaan dalam memastikan Malaysia mampu memasuki dan kekal dalam pasaran antarabangsa.
Bagaimanapun, kebimbangannya itu tidak bermakna beliau tidak menyokong perjanjian itu, namun banyak perkara perlu diteliti sebaik mungkin.
"Kesiapsiagaan (Malaysia) bukan sahaja dari segi struktur perundangan tetapi keupayaan masyarakat peniaga kita, peringkat akar umbi, kerajaan negeri. Ini merupakan perkara fundamental yang perlu dilihat.
"Laporan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) menyebut secara umumnya penyertaan Malaysia adalah selari dengan kepentingan negara.
"Walau bagaimanapun isu domestik yang berkaitan dengan bumiputera, hak pekerja dan lain-lain seperti persaingan dan harta intelek perlu diberi perhatian dan tidak boleh dipandang ringan," kata Shafie semasa membahaskan usul Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai TPPA di Parlimen di sini, hari ini.
Tegasnya, Malaysia perlu melihat pengalaman negara-negara yang ada hubung kait dengan Amerika Syarikat dalam soal pembangunan ekonomi.
"NAFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara) contohnya, perjanjian yang dilakukan oleh negara-negara yang ada hubung kaitnya dengan Amerika Syarikat seperti Mexico, Kanada.
"Pengalaman Mexico ada surplus import di mana 1.3 juta rakyat Mexico saat ini menganggur kerana banyak lambakan produk dari Amerika Syarikat," kata Shafie.
Pengalaman itu katanya perlu diteliti secara mendalam agar Malaysia dijamin tidak akan terikat dengan kuasa besar dunia itu.
"Saya akui bahawa banyak lagi negara belum menyertai (TPPA) seperti Filipina, Thailand, termasuk juga China yang kemungkinan akan menyertai.
Justeru, beliau mahu kerajaan melihat kepada semua kemungkinan yang boleh berlaku demi kepentingan negara dan rakyat.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 27 2016

Shafie (gambar) berkata, kebimbangannya itu tidak bermakna beliau tidak menyokong perjanjian itu, namun banyak perkara perlu diteliti sebaik mungkin. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.