Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meninjau lokasi banjir di Kampung Baru Sungai Kob, di sini, petang tadi.
Ia juga merupakan lokasi dimana dua beranak menjadi mangsa korban pertama akibat banjir yang melanda daerah ini sejak minggu lalu.
Dr Wan Azizah turut meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama isteri mangsa lemas, Che Yong Ton yang ditemani ibu mertuanya, Hasnah Musa, 81 tahun.
Che Yong yang kehilangan suami dan anaknya dalam kejadian banjir itu, kelihatan sugul tetapi mampu tersenyum selepas diberi kata-kata semangat oleh Timbalan Perdana Menteri.
Dalam pertemuan itu, keluarga malang terbabit turut menerima sumbangan sebanyak RM10,000.
"Balu beliau sudah rasa fobia hendak balik ke tempat rumah yang sama jadi kita akan terus usahakan dapatkan kalau dia ada tanah."Dia kata dia ada tanah tempat tu ibu mertuanya. Mana yang akan ada peruntukan kita akan mohon, akan boleh berikan hendak buat rumah baharu ke, apa macam," kata beliau selepas melakukan lawatan ke kawasan banjir.
Dalam kejadian banjir Selasa lalu, Johari Bakar, 57 tahun dan anak bongsunya, Nor Suri Danila Johari, 14 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas hanyut ketika cuba menyelamatkan kereta.
Bagaimanapun dua lagi ahli keluarga lain terselamat.
Bagaimanapun dua lagi ahli keluarga lain terselamat.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mayat Nor Suri Danila ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai lapan jam kemudian, selepas hanyut kira-kira tiga kilometer dari rumah..
Manakala Johari pula ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya dua jam selepas penemuan mayat anaknya.