Ikatan persahabatan Malaysia dan China sejak 40 tahun yang lalu dilihat semakin kukuh selain berjaya melepasi setiap halangan yang dalam hubungan diplomatik.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sekali gus memberi jaminan kemakmuran untuk 40 akan datang.
"Kerjasama dengan China selama ini sebagai rakan kongsi strategik disifatkan menjadi platform yang menguntungkan kedua-dua negara.
"Sejarah diplomatik dengan China sejak 1974, dimulakan oleh Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein memberi impak kepada kemakmuran dua negara sejak dahulu,'' katanya.
Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada Majlis Resepsi Sempena 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia- China di sini pada Khamis.
Muhyiddin berkata, hubungan negara dengan China bakal memasuki era baru daripada segi kerjasama dan manfaat untuk 40 tahun akan datang.
"Tahun ini merupakan "Tahun Pertukaran Persahabatan Malaysia-China" sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
"Kita akan lihat mana-mana bidang lain untuk kerjasama sekali gus mengekalkan status China sebagai rakan niaga Malaysia terbesar di peringkat global dan kita sebagai rakan niaga China terbesar dari rantau ASEAN,'' ujarnya.
Ujarnya, pemeteraian kerjasama itu membuka lembaran baharu dalam hubungan Kuala Lumpur dan Beijing dan telah membawa kepada kedua-dua negara menandatangani banyak perjanjian dua hala yang telah mengukuhkan lagi hubungan.
"Kedua-dua negara telah memupuk dan membina rasa hormat, persefahaman dan keyakinan bersama serta meningkatkan kerjasama ekonomi.
`"Melaluinya wujud pelbagai peluang yang membawa kepada pengukuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara kita," katanya.
Muhyidddin turut merakamkan penghargaan Malaysia kepada kerajaan China dalam memastikan ketibaan dua ekor beruang panda gergasi di negara ini pada Rabu lalu.
Sementara itu Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang berkata, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China akan meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara kepada kejayaan 40 tahun akan datang.
"Ia akan terus mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara, selaras dengan hasrat China dan Malaysia untuk merealisasikan dagangan dua hala bernilai RM521.6 bilion pada 2017,'' jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Thu May 22 2014
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Duta China ke Malaysia Dr Huang Hiu-kang ketika memotong kek sempena Meraikan Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik Antara Malaysia dan China. - FotoBERNAMA
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Merdekakah peneroka dan Felda dengan perjanjian?
Peneroka dan Felda perlu merdeka daripada perjanjian dan bergerak ke arah kelestarian yang lebih jelas dengan tindakan yang telus dan beramanah serta kebertanggungjawaban yang tinggi.
TPM: Tiada rintangan dapat menghalang hubungan Malaysia - China
Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sekali gus memberi jaminan kemakmuran untuk 40 akan datang.