SEPANG: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia hingga Rabu ini.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022.
Beliau berlepas dari Singapura dengan pesawat komersial dan disambut oleh Ketua Protokol Kementerian Luar Mohd Aini Atan, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Malaysia Datuk Rozainor Ramli dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Wong menerima tabik hormat di Balai Ketibaan KLIA sebelum memeriksa kawalan kehormat oleh 32 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Semasa lawatannya ke Malaysia, Wong dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Antara lain beliau turut dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bertemu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan yang terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan RM267.11 bilion pada 2021, meningkat sebanyak 25.2 peratus berbanding nilai direkodkan pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
![TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662287615_LawrenceWong.jpg)
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia hingga Rabu ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![TPM Singapura ucap tahniah kepada Ahmad Zahid dan Fadillah TPM Singapura ucap tahniah kepada Ahmad Zahid dan Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671030296_TBMASHUPZAHIDFA.jpg)
TPM Singapura ucap tahniah kepada Ahmad Zahid dan Fadillah
Kedua-dua timbalan perdana menteri republik itu juga menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua negara boleh meneroka peluang baharu kerjasama.
![Lawatan TPM Singapura: Hubungan baik manfaatkan kedua-dua negara - Penganalisis Lawatan TPM Singapura: Hubungan baik manfaatkan kedua-dua negara - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662381640_TBpakmail.jpg)
Lawatan TPM Singapura: Hubungan baik manfaatkan kedua-dua negara - Penganalisis
Hubungan baik antara Malaysia dan Singapura akan terus memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara.
![Agong terima kunjungan hormat TPM Singapura Lawrence Wong Agong terima kunjungan hormat TPM Singapura Lawrence Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662445879_Lawrence.jpg)
Agong terima kunjungan hormat TPM Singapura Lawrence Wong
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong.
![PM Ismail Sabri terima kunjungan hormat TPM Singapura di Putrajaya PM Ismail Sabri terima kunjungan hormat TPM Singapura di Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662381640_TBpakmail.jpg)
PM Ismail Sabri terima kunjungan hormat TPM Singapura di Putrajaya
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong di Perdana Putra.
![Kunjungan TPM Singapura Lawrence Wong satu pendekatan positif - Anwar Kunjungan TPM Singapura Lawrence Wong satu pendekatan positif - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662360093_LawrenceWong.jpg)
Kunjungan TPM Singapura Lawrence Wong satu pendekatan positif - Anwar
Inisiatif Lawrence untuk mengenali tokoh-tokoh di negara ini dari kalangan ahli politik dan golongan korporat menjadikan hubungan yang sedia terjalin selama ini akan lebih baik.
![TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662287615_LawrenceWong.jpg)
TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022.