Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat isu dakwaan pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas.
Kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menerusi laman media sosial Twitter, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ‘jika ada asas’.
Pengarah Pelajaran negeri Selangor, Mahmud Karim bagaimanapun menafikan bahawa tempat tersebut adalah tandas seperti yang didakwa pihak tertentu.
Jelas beliau, sebab pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di bilik persalinan adalah kerana kantin sekolah itu sedang diubahsuai.
Menurut Mahmud, pihak sekolah telah menyediakan bilik persalinan untuk para pelajar tersebut untuk penempatan sementara bukan bertujuan mendiskriminasi para pelajar.
"Saya dah arahkan pegawai saya untuk siasat perkara itu tetapi dakwaan itu tidak benar kerana pelajar tersebut diletakkan di dalam bilik persalinan yang tidak ada langsung mangkuk tandas kerana kantin sekolah sedang dibuat pengubahsuaian dan untuk keselesaan pelajar... bilik tu bersih, bilik tu persalinan lepas pendidikan jasmani dan tidak ada mangkuk tandas," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, pihak polis juga telah mendapati kes itu tidak ada unsur menganaiyai pelajar makan di tandas.
Tambahnya mereka diberikan kerusi meja untuk pelajar makan.
Meskipun bilik persalinan itu dikatakan 'bersih' oleh pengarah pelajaran Selangor, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan pula mendapati tempat itu tidak sesuai untuk dijadikan tempat makan.
Katanya ia bukanlah perkara yang tepat untuk dilakukan kerana pihak sekolah boleh menempatkan mereka di kantin sementara untuk bulan Ramadan.
Beliau juga telah mengarahkan bilik persalinan yang dijadikan tempat makan itu ditutup serta merta dan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk menyiasat kenapa sekolah tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Presinta telah bertindak sebegitu.
Hari ni, sebuah sekolah di Sungai Buloh telah dilaporkan mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat.
Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.
Sebelum itu, dakwaan yang mengatakan pelajar-pelajar itu telah ditempatkan di dalam tandas juga telah timbul serta menaikkan rasa tidak puas hati ibu bapa.
Haider Yutim
Tue Jul 23 2013
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Tanpa sedar perbuatan ibu ayah ini buat anak tertekan ketika makan
Perkongsian daripada Dr Amalina Mohd Daud boleh dijadikan panduan agar masalah anak 'picky eater' dapat diatasi dengan baik.
PRN Melaka: Pemilik kedai nafi tutup kedai bila Najib datang
Sebaliknya pemilik kedai Dak Lin Celup Tepung Bawah Pokok Pantai Siring, Haslinda Musa menjelaskan pada hari Ahad lalu Najib dilayan seperti biasa.
Tiada vaksin, tiada 'dine-in' di semua fasa PPN - Khairy
Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kebenaran makan di restoran masih terhad kepada individu lengkap vaksin.
Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu
Operasi pada Jumaat membabitkan pemeriksaan ke atas 299 kilang dan 60 pekerja warga asing.
'Dine-in' ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000
Dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang.
Dedikasi dua jam sehari berbakti pada 100 kucing jalanan
Sejak setahun lalu, menjadi rutin harian Nor Izyan Syahida datang bersama 'buah tangan' buat peminatnya.
Kerajaan Sabah akan pastikan individu tular hidang telur penyu dihukum
Ada pihak tidak prihatin hal berkenaan dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah diminta untuk menyiasat perkara itu.
KPDNHEP beri amaran jangan salah guna kebenaran makan di restoran
semua premis perniagaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan.
"Saya kawal makan, elak terlalu gemuk dan berat saya tak lebih 62 kg" - Tun M
"Bila makan berasa sedap, saya berhenti. Ini memang susah tapi ini amalan saya. Jadi saya makan cukup-cukup saja"
PKPB: Sabah benar pelanggan makan di premis
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata kebenaran itu tertakluk kepada SOP ditetapkan.