Biasanya ia boleh menjadi situasi tegang kepada ibu bapa dan juga anak. Kedua belah pihak akan berusaha untuk memastikan mereka menang dalam ‘pertempuran’ tersebut.
Bagi ibu bapa, ia satu kejayaan apabila anak dapat menghabiskan makanan.
Sementara anak pula menganggap paksaan ibu bapa waktu makan boleh menjadi mimpi ngeri kepada mereka dan boleh memberi kesan pada perkembangan emosi.
Perkongsian daripada Dr Amalina Mohd Daud boleh dijadikan panduan agar masalah anak ‘picky eater’ dapat diatasi dengan baik.
Apabila anak tidak makan, tentu kita susah hati. Lalu kita pun mengambil pendekatan untuk menggalakkan anak makan lebih.
Tanpa kita sedari, pendekatan yang kita ambil itu sebenarnya memberi tekanan pada anak dan menyebabkan anak semakin stress pada waktu makan
Saya tidak nafikan pendekatan yang diambil berkesan. Tapi hanya jangka masa pendek sahaja.
Bagi jangka masa panjang, anak tetap tidak mahu makan dan mungkin juga anak semakin tidak suka makanan yang sebelum ini dia suka.
FOOD AVERSION!
Waktu makan sepatutnya adalah waktu neutral. Anak tidak dipuji atau dikeji jika anak nak makan atau tidak makan.
Dulu saya tIDak percaya teknik ni. Saya cerita nutrient, doktor lah sangat kan. Anak tak excited pun. Puji dia, bribe dia - memang jadi. Waktu itu sahajalah. Waktu lain tak jadi. Takkan lah tiap kali makan nak bagi aiskrim pulak.
Tapi apabila saya neutral, memang anak yang dulu picky sudah mula tunjuk minat untuk makan.
Antara perbuatan tanpa sedar ibu bapa yang membuatkan anak stres waktu makan adalah seperti berikut:
1. Bagi nasihat pemakanan
Antara ayat-ayat yang selalu kita beritahu pada anak seperti “Abang nak jadi budak besar dan kuatkan?”, Abang kena makan lebih protein untuk (kita bagilah sebab-sebabnya), “Ni bagus ni untuk adik…berkhasiat…
2. Paksaan atau ugutan
Melakukan beberapa cara paksaan atau ugutan demi nak pastikan anak makan. Antaranya seperti ikat anak ketika menyuap makanan, bagi ayat ugutan macam “Kalau adik tak makan nanti daddy marah” atau “habiskan dulu makan baru turun kerusi”.
3. Merasuah
Tanpa sedar perbuatan seperti merasuah juga menyebabkan kesan buruk pada tabiat pemakanan anak. Contohnya seperti:
- Makan dua gigit je lepas tu dapat aiskrim.
- Upah anak duit atau mainan kalau makan.
- Upah anak video game kalau habiskan makanan.
- Beri anak makan sambil tengok TV atau gajet.
- Beri anak makan sambil anak bermain.
5. Memalukan dan buat rasa bersalah
Kadangkala tanpa sedar kata-kata kita sebagai ibu bapa turut menyebabkan anak bencikan waktu makan.
Kata-kata seperti “Kan adik minta mommy masak mi, sekarang makan!” atau “Kalau adik sayang mommy, adik habiskan!”
6. Pujian
Pujian juga boleh menyebabkan anak jadi stres dan tertekan bila tiba waktu makan. Antaranya seperti bagi kata-kata pujian yang kononnya untuk membuatkan anak lebih bersemangat suka makan sebaliknya dia jadi lebih benci iaitu
- “Wahhh bagusnya habiskan makanan ni!”
- Gunakan sticker chart
- Menepuk dan bersorak
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!