Masyarakat di Malaysia sememangnya sudah lali dengan pelbagai kisah makhluk halus yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Dan bukan perkara pelik juga apabila kisah-kisah sedemikan tiba-tiba hangat diperkatakan dalam kehidupan realiti.
Itulah situasi yang kini melanda penduduk Kampung Talak di Tumpat, Kelantan.
Bukan sekadar cerita mulut ke mulut, sebaliknya penduduk kampung sendiri mendakwa sudah sering terserempak dengan makhluk yang dikatakan sebagai toyol itu.
Lebih 1,000 penduduk Kampung Talak di sini tidak lena tidur kerana gangguan dan kecurian yang dicetuskan oleh makhluk halus tersebut.
Mereka mendakwa toyol peliharaan itu mencuri wang dalam kuantiti sedikit dan memasuki beberapa buah rumah penduduk kampung pada sebelah malam untuk tujuan berkenaan.
Kehadiran toyol peliharaan ini dikatakan sudah lebih setahun di kampung ini yang menimbulkan huru hara termasuk perbalahan antara suami isteri yang kehilangan wang kerana saling tuduh menuduh antara satu sama lain kerana kehilangan wang dalam simpanan.
Berkongsi pengalamannya, seorang penduduk, Semah Mat mendakwa suaminya pernah terlihat toyol menyelinap keluar dari ruang pintu rumahnya.
“Suami saya pernah nampak, makhluk itu berwarna hijau dan berketinggian lebih kurang sekaki 12 inci. Mulanya ia menceroboh masuk rumah jiran, lepas tu ia menghala ke rumah kami. Tapi ia melarikan diri kerana terkejut melihat suami saya,” kata Semah.
Bagi Che Bidah Che Wan yang pernah kehilangan wang RM500 ringgit, dia mengakui kehadiran toyol di kampung itu mengganggu ketenteraman penduduk.
“Pintu terkunci dan tidak ada tanda orang luar cuba pecah masuk. Rumah juga sentiasa berkunci,” ujarnya.
Selain melakukan solat hajat dan berjaga, mereka juga turut mengamalkan petua menabur kacang hijau dan meletakkan bedak bagi mengesan toyol peliharaan itu.
Kunjungan Astro AWANI ke Kampung Talak pada Sabtu mendapati sebahagian besar penduduk kampung bimbang dengan kehadiran toyol peliharaan itu.
Mereka turut merayu supaya pengamal perubatan yang mempunyai pengetahuan menangkap toyol supaya tampil membantu.
Setakat ini, penduduk mendakwa sudah lebih 10 kejadian kecurian yang dikaitkan dengan kemunculan toyol berlaku di kampung tersebut, dalam tempoh sebulan.
Astro Awani
Sat Nov 12 2016
!['Toyol peliharaan' ganggu ketenteraman penduduk Kampung Talak 'Toyol peliharaan' ganggu ketenteraman penduduk Kampung Talak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478940276_Talak.jpg)
Penduduk mendakwa sudah lebih 10 kejadian kecurian yang dikaitkan dengan kemunculan toyol berlaku di kampung tersebut, dalam tempoh sebulan. - Gambar Astro AWANI
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![COVID-19: 'Pocong' gagal takutkan penduduk, pihak berkuasa Indonesia tukar taktik COVID-19: 'Pocong' gagal takutkan penduduk, pihak berkuasa Indonesia tukar taktik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586778974_GhostCovidInd.jpg)
COVID-19: 'Pocong' gagal takutkan penduduk, pihak berkuasa Indonesia tukar taktik
Kali pertama diperkenalkan, ia gagalkan takutkan penduduk apabila mereka berpusu keluar untuk melihat kelibat pocong.
![Laci dan katil vintaj dengan amaran 'berhantu' pun laku terjual Laci dan katil vintaj dengan amaran 'berhantu' pun laku terjual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552637935_Restore.jpg)
Laci dan katil vintaj dengan amaran 'berhantu' pun laku terjual
Sekali pandang, tidak ada sesiapa yang menyangka perabot berupa laci vintaj dan sebuah katil saiz Queen yang cantik dikaitkan dengan kisah ngeri.
![Make up 3 jam untuk 3 saat je - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hantu Make up 3 jam untuk 3 saat je - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81551333645_lizzy-hantu-header-(1).jpg)
"Make up 3 jam untuk 3 saat je" - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hantu
Seramnya...
![Pocong menangis di kubur Pocong menangis di kubur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540367776_Pocongmenangis.jpg)
Pocong menangis di kubur
Gara-gara menyamar jadi pocong, dua remaja di Kampung Bojong Liyo, Sukmajaya, Depok ini menerima padah selepas mereka dihukum tidur di kubur.
![Pelakon watak hantu Munafik boleh tahan kacak sebenarnya Pelakon watak hantu Munafik boleh tahan kacak sebenarnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537355873_ShahidanIzwan.jpg)
Pelakon watak hantu Munafik boleh tahan kacak sebenarnya
Pelakon watak hantu dalam filem Munafik 2, Shahidan Izwan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali mula dikenali meskipun telah memegang watak yang sama dalam Munafik 1.
![Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536924431_highlandtower.jpg)
Menanti 'penghujung nyawa' Highland Towers
Kenyataan Zuraida Kamaruddin yang mahu 'membersihkan' Highland Towers dilihat satu langkah terbaik dalam memberi wajah baru lokasi itu terutama kepada penduduk di Ampang
![Video 'hantu' di sebuah sekolah di Langkawi tular Video 'hantu' di sebuah sekolah di Langkawi tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535373647_Hantu.jpg)
Video 'hantu' di sebuah sekolah di Langkawi tular
Klip video menayangkan suasana seram waktu malam dari satu arah kelas di sebuah sekolah di Langkawi tiba-tiba tular hari ini.
![Kelibat 'hantu' di kedai makan bikin gempar Kelibat 'hantu' di kedai makan bikin gempar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535064664_kelibat.jpg)
Kelibat 'hantu' di kedai makan bikin gempar
Media sosial di Indonesia kecoh selepas kelibat 'hantu' dilihat dalam rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sedang menikmati jagung bakar.
![Hati-hati dengan si penunggu berkebaya merah Hati-hati dengan si penunggu berkebaya merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51522291216_HantuKebayaMerah.jpg)
Hati-hati dengan si penunggu berkebaya merah
Pasti ada di antara kita pernah mengalami situasi berhadapan dengan kelibat 'hantu' sehingga membuatkan imej tersebut melekat dalam ingatan.
![Misteri 'kereta hantu' di Singapura Misteri 'kereta hantu' di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508384819_TBkereta.jpg)
Misteri 'kereta hantu' di Singapura
Misteri kemunculan kereta hantu secara tiba-tiba yang menyebabkan kemalangan di jalan raya dalam video yang viral telah meninggalkan tanda tanya kepada penonton.