Dengan status sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia dan lokasi tarikan pelancong yang berkembang pesat, Tourism Malaysia Pulau Pinang bersama-sama pihak berkepentingan berusaha untuk menjadikan George Town lebih mesra bagi orang kelainan upaya (OKU).
Pengarahnya Mazlan Araju berkata pada masa ini, George Town belum dianggap sebagai kawasan yang mesra OKU, tetapi jabatan itu menyasarkan untuk menjadikannya mesra OKU secepat mungkin.
"Kami tidak mahu tetapkan sasaran beberapa tahun dari sekarang kerana terlalu lama hendak menunggu. Kami mahu ia dilaksana secepat mungkin dan setakat ini, pihak berkepentingan sangat terbuka mengenai perkara ini," katanya selepas mengadakan sesi lawatan di muzium Wonderfood, di Lebuh Pantai di sini, hari ini.
Selain melibatkan pihak-pihak berkepentingan, jabatan itu juga mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk memastikan bahawa sasaran itu boleh dicapai.
Bukan sahaja lokasi yang tidak mesra OKU, kawasan warisan itu turut berhadapan dengan satu lagi masalah iaitu kekurangan tempat letak kereta khususnya untuk kereta dan bas.
"Pengunjung sering menyuarakan luahan mereka mengenai isu tempat letak kereta dan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kepuasan pengunjung terhadap kita sebagai negeri pelancongan," katanya.
Mazlan berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri untuk menangani isu tempat letak kereta di kawasan itu dan berharap akan ada penyelesaian untuk menyediakan ruang letak kereta yang mencukupi untuk semua.
Pelbagaikan tarikan
Terdahulu, Mazlan dan beberapa pegawai dari pejabat pelancongan melawat Muzium Emas Pulau Pinang dan muzium Wonderfood, yang mana kedua-duanya merupakan satu-satunya muzium seumpama itu yang ada di negara ini dan juga Asia Tenggara.
"Kami mahu mempelbagaikan tarikan dan memberitahu pelancong bahawa kita menawarkan bukan sahaja warisan dan makanan tetapi juga muzium," katanya.
Pada masa ini, terdapat lebih daripada 40 muzium di sini dan 25 daripadanya telah diiktiraf oleh pelancongan negeri sebagai tarikan menarik di kawasan itu.
Sementara itu, Pengurus Muzium Emas Pulau Pinang, Denise Tang berkata muzium itu dibuka pada Mei tahun lepas dan ketika ini ia tersenarai dalam Tripvisor sebagai tarikan pelancongan negeri.
"Sehingga kini, kami mencatatkan kira-kira 50,000 pengunjung dan pelancong yang datang boleh alami sendiri proses pengeluaran emas," katanya.
Selain Muzium Emas, pelancong juga boleh melihat makanan tempatan dalam versi lebih besar yang diperbuat daripada campuran silikon dan dalam masa sama menghayati seni makanan di muzium Wonderfood.
Eksekutif Pemasaran muzium itu, Jeffrey Yeong berkata muzium berkenaan dibuka sejak Januari 2015 dan dilawati pelancong dari seluruh dunia.
"Semua replika makanan di muzium itu dibuat menggunakan tangan oleh artis tempatan dan kami menerima maklum balas positif daripada pelawat kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2016
Pada masa ini, George Town belum dianggap sebagai kawasan yang mesra OKU, tetapi Tourism Malaysia menyasarkan untuk menjadikannya mesra OKU secepat mungkin. - Foto Bernama
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Dua pelancong warga China maut, kenderaan dihempap pokok, konkrit
Dua pelancong warganegara China maut akibat tersepit di dalam kenderaan yang dihempap sebatang pokok yang tumbang bersama runtuhan konkrit.
Cadangan zon pejalan kaki di George Town perlu kajian terperinci - Exco
Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membuat kajian terperinci berhubung cadangan menjadikan beberapa jalan popular di bandar raya George Town sebagai zon pejalan kaki.
Tukang gunting rambut didakwa tipu wanita dapatkan pekerjaan sebagai pramugari
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalahatas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dalam mendapatkan pekerjaan pramugari.
Bukan hanya George Town punya warisan dan legasi penjajah - Chow
Bukan nama George Town sahaja perlu ditukar jika dianggap mempunyai kaitan dengan penjajah kerana terdapat nama tempat di negeri lain yang mempunyai warisan dan legasi penjajah.
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Lelaki terjun sungai lari dari polis ditemui lemas
Seorang lelaki yang sebelum ini lari dari polis dan dipercayai bertindak terjun ke Sungai Dungun pada Khamis ditemukan lemas.
Kerani syarikat penguji emas didakwa pecah amanah RM445,815
Seorang kerani di sebuah syarikat penguji emas menghadapi 133 pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah keseluruhan RM445,815.
Deretan lapan kedai dua tingkat di George Town musnah dalam kebakaran
Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, musnah dalam kebakaran malam ini.