KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hanya meluluskan 17 peratus, iaitu 18,661 daripada 105,368 permohonan kebenaran beroperasi projek pembinaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada 1 Jun hingga 30 Jun 2021.
Menurut CIDB dalam satu kenyataan pada Jumaat, permohonan-permohonan berkenaan telah diproses melalui COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Dari 1 hingga 30 Jun 2021 jumlah keseluruhan permohonan yang diterima adalah 108,426, merangkumi permohonan baharu serta permohonan rayuan.
"Daripada jumlah itu, 82,665 merupakan permohonan baharu dan 25,761 adalah permohonan rayuan.
"Sebanyak 97 peratus atau 105,368 daripada semua permohonan, iaitu 80,383 permohonan baharu dan 24,985 permohonan rayuan telah diproses," kata kenyataan itu.
Jelas CIDB, 68,905 atau 86 peratus daripada permohonan baharu daripada jumlah yang telah diproses tidak diluluskan, dengan hanya 11,478 atau 14 peratus permohonan yang lain diluluskan.
"Dari 24,985 jumlah rayuan yang telah diproses pula, 17,802 atau 71 peratus daripada permohonan rayuan tidak diluluskan, sementara hanya 7,183 atau 29 peratus sahaja yang diluluskan," kata kenyataan itu.
Menurut CIDB, antara punca banyak permohonan tidak diluluskan adalah projek dilaksanakan tidak termasuk di dalam senarai projek pembinaan kritikal di dalam SOP sektor pembinaan PKP 3.0 yang telah diwartakan, projek pembinaan tidak diisytiharkan kepada CIDB di CIMS CIDB serta nama projek pembinaan yang terlibat tidak dinyatakan di dalam CIMS MITI.
Antara lain katanya, kelulusan itu juga bergantung kepada ralat yang dilakukan ketika memohon kebenaran beroperasi tersebut.
Selain itu, katanya CIDB juga mendapati segelintir kontraktor menjalankan kerja pembinaan tanpa berdaftar dengan pihak CIDB.
"CIDB menggesa penggiat industri pembinaan untuk mematuhi
semua syarat-syarat permohonan kebenaran beroperasi.
"Tapak pembinaan yang didapati beroperasi tanpa kebenaran yang sah akan diarahkan tutup dan tindakan tegas akan diambil," katanya.
CIDB turut memberi jaminan akan terus mengawal ketat proses kelulusan ke arah menyokong objektif penurunan kes COVID-19 dalam negara.
Nickyson Nyambar
Fri Jul 02 2021
![Total lockdown: Hanya 17 peratus permohonan beroperasi sektor pembinaan diluluskan - CIDB Total lockdown: Hanya 17 peratus permohonan beroperasi sektor pembinaan diluluskan - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612782882_CIDBLOGO.jpg)
Dari 1 ke 30 Jun 2021, jumlah keseluruhan permohonan yang diterima adalah 108,426, merangkumi permohonan baharu serta permohonan rayuan, kata CIDB dalam satu kenyataan hari ini. - Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Total lockdown: Hanya 17 peratus permohonan beroperasi sektor pembinaan diluluskan - CIDB Total lockdown: Hanya 17 peratus permohonan beroperasi sektor pembinaan diluluskan - CIDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612782882_CIDBLOGO.jpg)
Total lockdown: Hanya 17 peratus permohonan beroperasi sektor pembinaan diluluskan - CIDB
Menurut CIDB, kelulusan beroperasi ini bergantung kepada pematuhan syarat-syarat ketika PKP 3.0 selain tertakluk kepada syarat sedia ada.