KUALA LUMPUR: Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia sekadar satu kaedah yang boleh dipertimbangkan namun bukan satu-satunya jalan keluar kepada peningkatan kes positif ketika ini.
Tegas Masidi, hal ini kerana virus COVID-19 kini sudah berada dalam komuniti dan ia semakin mudah menjangkiti dan dijangkiti.
"Apabila virus sudah berada dalam komuniti, total lockdown bukan lagi kaedah yang berkesan untuk mengekang penularan ini.
“Setiap daripada kita berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus tidak kira sama ada sudah divaksin atau sebaliknya dan kita boleh menjangkiti orang sekeliling walaupun negara ketika ini masih berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini total lockdown adalah kaedah yang berkesan kerana jangkitan berlaku dalam kawasan yang terhad, namun kini virus sudah berada dalam komuniti,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Masidi menambah, menerusi saringan secara besar-besaran yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuktikan saringan kontak rapat menyumbang kepada kes positif tertinggi di negeri itu.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, ia selepas 60 peratus daripada kes positif yang dilaporkan pada Jumaat dikesan menerusi kumpulan tersebut.
“Kontak rapat ini pula ada jaringan kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends). Mereka mungkin telah menjangkiti kawan-kawan mereka yang lain juga.
"Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, iaitu kesan ‘multiplier effect’. Hasilnya bilangan positif baharu semakin meningkat kerana semakin luas medan saringan yang dibuat oleh JKNS," tambahnya lagi.
Tambah Masidi, pendekatan total lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi negeri hingga menyebabkan banyak syarikat gulung tikar atau rugi besar dan ramai penduduk hilang punca pendapatan serta bergantung kepada bantuan kerajaan.
“Mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad. Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan dan ini tidak boleh dibuat dengan pendekatan lockdown atau PKPD semata mata,” katanya.
Selain itu, ujarnya, kunci utama melawan pandemik ini adalah menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berterusan selain meningkatkan kadar vaksinasi.
Ini kerana, pematuhan SOP secara berdisiplin boleh membantu mengelak seseorang daripada dijangkiti COVID-19 manakala vaksin pula berupaya menghindari seseorang daripada mengalami gejala atau kesan yang teruk sekiranya dijangkiti.
Justeru, kata Masidi, bekalan vaksin yang mencukupi perlu diberikan kepada Sabah selain jadual penghantarannya juga mestilah konsisten tanpa sebarang gangguan.
“Kapasiti JKNS untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50,000 dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke 60,000 dos sehari bergantung kepada stok vaksin kita.
“Apa yg perlu ialah bekalan vaksin yang cukup dan jadual penghantaran ke Sabah yang tidak terganggu,’’ tambahnya.
Syafik Shukri Jalil
Fri Jul 30 2021
Ujarnya, kunci utama melawan pandemik ini adalah menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berterusan selain meningkatkan kadar vaksinasi. FOTO: BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Kes baharu COVID-19 turun 14.5 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 menurun sebanyak 14.5 peratus kepada 22,822 kes pada Minggu Epidemiologi ke-33 (ME 33/2022) dari 14 hingga 20 Ogos.
COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi
Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.
Pelabur AS terus kekal melabur di Malaysia - Duta Besar AS
Pelabur dari Amerika Syarikat akan kekal komited untuk melakukan pelaburan di Malaysia di sebalik ketidaktentuan politik yang berlaku sejak awal Ogos lalu.
Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.