KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 menurun sebanyak 14.5 peratus kepada 22,822 kes pada Minggu Epidemiologi ke-33 (ME 33/2022) dari 14 hingga 20 Ogos.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tempoh sama, 55 kematian direkodkan, menurun sebanyak 8.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.
"Bilangan kes sembuh pada ME 33/2022 juga menurun sebanyak 8.5 peratus iaitu 28,905 kes kepada 26,458 kes.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 33/2022 adalah 42,010 iaitu terdapat penurunan sebanyak enam peratus berbanding minggu sebelumnya," menurut beliau dalam kenyataan berkaitan situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini.
Kemasukan pesakit ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk untuk kategori pesakit 1 dan 2 pula menyaksikan penurunan sebanyak lima peratus manakala pesakit kategori 3, 4 dan 5 berkurangan sebanyak 15.4 peratus pada ME 33/2022.
Dr Noor Hisham berkata pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) pada ME33/2022 meningkat sebanyak lima peratus, katil bukan kritikal meningkat satu peratus manakala katil PKRC tiada perubahan berbanding minggu sebelumnya.
Selain itu, peratusan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat 0.3 peratus pada ME33/2022 berbanding ME32/2022.
Beliau berkata kes positif yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara turut menunjukkan sedikit penurunan.
"Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 5.4 peratus, kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 9.9 peratus manakala kes yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 21.3 peratus," katanya sambil menambah purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 3.1 peratus.
Katanya hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati sebanyak 101 sampel Penyakit Seperti Influenza (ILI) dikesan positif COVID-19 dengan kadar 14.0 peratus manakala tiada sampel Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif COVID-19 dan kekal 1.8 peratus pada ME 33/2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Dr Noor Hisham berkata bagi tempoh sama, 55 kematian direkodkan, menurun sebanyak 8.3 peratus berbanding minggu sebelumnya. - Gambar/ Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.

COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham
Jumlah kes sembuh harian sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.

COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357.

COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 12,541 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Jumaat.

249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura
Kementerian tersebut turut memaklumkan akan memberikan lebih banyak perincian kes baharu pada Rabu malam.