KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu harian COVID-19 di negara ini terus menurun iaitu 14,954 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu sementara pesakit yang sembuh pula seramai 23,469 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hariannya berkata, daripada jumlah jangkitan baharu itu sebanyak 243 kes atau 1.6 peratus terdiri daripada pesakit kategori 3, 4, dan 5.
Sementara jumlah kes sembuh harian pula sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.
Dr Noor Hisham berkata, Sarawak terus menjadi negeri dengan jangkitan baharu tertinggi, iaitu sebanyak 2,707 kes, diikuti Selangor (2,028), Johor (1948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).
Negeri-negeri lain yang mencatat kes baharu di bawah 1,000 ialah Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), dan Negeri Sembilan (144).
Sementara itu, Perlis mencatat 76 kes baharu diikuti Putrajaya (19) manakala Labuan tiada sebarang kes baharu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 5 petang Sabtu, jumlah penggunaan katil COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 72 peratus, manakala penggunaan katil bukan ICU pula sebanyak 67 peratus.
Sehingga tengah malam Sabtu, 67.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini telah menerima satu dos vaksin COVID-19, manakala 56 peratus populasi keseluruhan lengkap kedua-dua dos vaksin.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, 93.1 peratus populasi dewasa telah menerima satu dos, manakala 78.2 peratus populasi dewasa lengkap kedua-dua dos vaksin COVID-19.
Firdaus Azil
Sun Sep 19 2021

Daripada 14,954 jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 243 kes atau 1.6 peratus terdiri daripada pesakit kategori 3, 4, dan 5. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.

COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham
Jumlah kes sembuh harian sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.

COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357.

COVID-19: 12,541 kes baharu, 0.8 peratus libatkan kategori 4, 5
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 12,541 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Jumaat.

249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura
Kementerian tersebut turut memaklumkan akan memberikan lebih banyak perincian kes baharu pada Rabu malam.