Perdana Menteri Australia Tony Abbott, yang dalam rangka lawatan rasmi pertama beliau di Malaysia sejak dilantik memegang jawatan itu, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini.
Ketibaan perdana menteri Australia itu yang melakukan lawatan rasmi sehari, di Dataran Perdana pada pukul 10.04 pagi disambut rakan sejawatnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan disusuli dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Abbott kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 104 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Abbott dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dan diikuti mesyuarat delegasi tertutup bagi membincangkan kerjasama sedia ada dan perkara kepentingan bagi kedua-dua negara.
Kerjasama yang dijalin antara kedua-dua negara berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan MH17 juga dijangka menjadi antara topik perbincangan antara kedua-dua perdana menteri.
Kedua-dua pemimpin juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan anggota pasukan Malaysia yang terbabit dalam operasi pencarian MH370 dan MH17 untuk merakamkan penghargaan terhadap usaha yang mereka lakukan.
Australia merupakan antara 25 negara yang menerima permohonan Malaysia untuk membantu dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas dan dipercayai "berakhir" di selatan Lautan Hindi berhampiran Perth.
Najib, dalam lawatannya ke Perth pada April, berkata Australia telah membuktikannya ia sebagai "kawan sebenar" kepada Malaysia, dan beliau mengucapkan terima kasih kepada negara itu yang disifatkannya sebagai "kawan amat bernilai" bagi Malaysia.
Sejak pemeteraian hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia pada 1957, kedua-dua negara menjalin hubungan yang sangat akrab dan bertenaga dan dipertingkatkan menerusi kerjasama substantif terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, keselamatan serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.
Pesawat penerbangan MH17 pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Selain rakyat Malaysia, penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat itu terdiri daripada warga beberapa negara termasuk Australia.
Bernama
Sat Sep 06 2014
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott diberikan sambutan rasmi di Putrajaya
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita
Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada S