KLANG: Bagi memastikan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjalan lancar, sindiket terbabit menggunakan khidmat tonto yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan.
Mendedahkan hal itu, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten V Siva Kumar berkata, terdapat warga tempatan yang menerima wang RM400 untuk menyamar sebagai nelayan atau pemancing.
Menurutnya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor mendapati sindiket penyeludupan ini diuruskan secara berperingkat oleh ejen, pengangkut, tekong yang tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya berhubung melalui panggilan telefon.
“Bagi memastikan kegiatan mereka selamat daripada tindakan pihak berkuasa, sindiket menerusi ejen tertentu akan mengupah individu untuk berperanan sebagai tonto laut.
“Tonto laut akan keluar ke laut lebih awal mengikut masa yang telah ditetapkan oleh sindiket dan akan berada berhampiran lokasi pendaratan PATI.
“Mereka ini bertindak sebagai mata-mata kepada sindiket untuk melaporkan kehadiran pihak berkuasa di sekitar lokasi pendaratan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor, baru-baru ini.
Tambah Siva Kumar, selain pembabitan warga tempatan sebagai tonto laut, terdapat juga pemilik bot nelayan tempatan yang dikesan terlibat dengan sindiket.
Jelasnya, penglibatan pemilik bot dengan sindiket PATI ini berikutan modus operandi baharu sindiket PATI yang dikenal pasti sejak pandemik COVID-19.
“Selain menggunakan bot pancung dan bot pom-pom, sindiket turut menggunakan bot perdagangan tukar barang bagi membawa masuk PATI dari negara jiran di mana bot ini hanya dibenarkan untuk membawa barang sahaja.
"Tetapi pemilik atau tekong telah menyalahgunakan bot ini untuk membawa PATI semata-mata mahu mengaburi pihak berkuasa.
“Bot barter trade ini akan berhenti di tengah laut sebelum PATI yang dibawa itu dipindahkan ke bot-bot nelayan tempatan dan masuk ke dalam negara sebelum diambil oleh pengangkut darat dan dibawa ke lokasi tujuan,” katanya.
Ujar beliau, Maritim percaya pemilik bot warga tempatan menerima bayaran sekitar RM1,200 hingga RM1,700 bergantung ejen-ejen sindiket.
Setelah pembayaran dibuat, bot terbabit akan diuruskan oleh tekong untuk mengambil PATI di tengah laut.
Menurut Siva Kumar, berdasarkan keterangan melalui tekong atau pemilik bot, mereka mengakui akan terus berhubung dengan ejen di Indonesia sebelum bersetuju untuk melakukan penyeludupan PATI.
“Namun terdapat juga segelintir ejen di dalam negara (pemastautin tetap) yang mencari bot nelayan tempatan untuk memindahkan PATI di tengah laut.
“Kita percaya ejen ini akan menyasarkan pemilik bot nelayan bersaiz sederhana atau Kelas B yang tidak beroperasi untuk diupah bagi membantu sindiket penyeludupan,” ujarnya.
Kata beliau, hasil soal siasat yang dijalankan, PATI pula akan membayar RM1,500 hingga RM2,000 seorang kepada ejen sindiket untuk masuk ke Malaysia.
Sehubungan itu, beliau melahirkan kebimbangan, lambakan PATI ke negara ini akan menyebabkan kes jenayah meningkat.
“Apabila tiada peluang pekerjaan, dikhuatiri mereka mula melakukan kegiatan jenayah dan sebab itu Maritim Malaysia memandang serius isu ini.
"Tanpa dokumen dan pekerjaan tetap, mereka akan cuba mendapatkan wang dengan melakukan kes jenayah,” kata beliau.
Tegasnya, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong, pemilik bot atau warga tempatan yang bersekongkol boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
“Saya menyeru agar komuniti maritim serta masyarakat setempat dapat memberikan kerjasama dan sokongan untuk menyalurkan maklumat pencerobohan PATI dan salah laku yang berlaku di perairan negara khususnya di perairan Negeri Selangor dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Selangor di talian 03-31760657,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 04 2022
Antara PATI yang ditahan pada tahun ini. Gambar kecil: Siva Kumar
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.