KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan APMM Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata eksesais berkenaan melibatkan 14 kapal milik agensi berkenaan.
Beliau berkata eksesais itu akan menguji keupayaan APMM dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjaga keselamatan perairan negara dan memastikan kesejahteraan komuniti maritim tempatan.
"Dalam eksesais berkenaan anggota APMM akan diuji dalam aspek pengendalian kapal laut seperti mengejar penjenayah di laut, situasi kecemasan di laut seperti kapal terbalik dan orang lemas.
"Dalam eksesais itu anggota kami juga akan diuji dalam beberapa situasi yang lain untuk melihat sejauh mana kecekapan anggota APMM dalam menjalankan tugas," katanya ketika menjadi tetamu dalam program di Bernama TV hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Rosli berkata APMM juga giat melakukan eksesais bersama agensi-agensi penguatkuasaan tempatan dan negara jiran berikutan kawasan perairan negara yang luas selain aset yang terhad.
Mohd Rosli berkata tanpa kerjasama erat daripada agensi penguatkuasaan tempatan dan negara jiran usaha mengawasi perairan negara adalah sukar kerana ia bersempadan dengan beberapa negara jiran.
Menurutnya perairan negara melibatkan Selat Melaka dan Laut China Selatan juga merupakan antara laluan perkapalan yang tersibuk di dunia selain menjadi penyumbang dari segi ekonomi melalui sektor perikanan, pelancongan serta petroleum dan gas.
"Antara cabaran yang kami hadapi adalah melibatkan jenayah rentas sempadan membabitkan penyeludupan dadah, rokok dan barangan bersubsidi malahan penyeludupan manusia selain isu pencerobohan nelayan asing," katanya.
Sementara itu, dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), beliau menasihatkan komuniti maritim tempatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika turun ke laut yang diramal bermula lebih awal tahun ini iaitu November hingga Mac 2024.
Menurutnya ketika musim monsun itu pihaknya menerima banyak panggilan berhubung kecemasan di laut.
"Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti di laut pastikan memakai jaket keselamatan dan jika berkemampuan belilah 'Pengesan Lokasi Individu (PLB) kerana ia akan memudahkan APMM mengesan lokasi kejadian kecemasan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
![APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698309002_APMM.jpg)
Mohd Rosli berkata eksesais berkenaan melibatkan 14 kapal milik agensi berkenaan. - Gambar Bernama
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737097021_TBNELAYANHILANG.jpg)
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
![Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734931209_IkmalHakimiIsmail.jpg)
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
![Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734769318_OperasiSAR.jpg)
Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.
![Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67 Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724998621_NabilERA.jpg)
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
![Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720420059_botpenumpang.jpg)
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
![APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710566417_tbAbdulMuhaiminMuh.jpg)
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
![Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657782085_TBCUACAMENDUNG.jpg)
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
![Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701515722_HamidMohdAmin.jpg)
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
![Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699449056_RazarudinHusainIG.jpg)
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
![APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698309002_APMM.jpg)
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.