SHAH ALAM: Gara-gara kakak ipar kesayangan mengidam kerepek manchor, seorang wanita terpaksa menggunakan kuasa tular di laman sosial untuk membantu mencari makanan itu bagi memenuhi hajat berkenaan.
Saidatul Najmin Azman, 25, berkata, kakak iparnya, Siti Hajar Mispon, 36, sedang hamil tiga bulan bagi menyambut cahaya mata ketiga dan dijangka bersalin akhir pada September atau awal Oktober depan.
Lebih menyedihkan, katanya, Siti Hajar juga seorang suri rumah kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh kerana dijangkiti COVID-19 dan sukar untuk mendapatkan makanan berkenaan, lapor Sinar Harian.
Malah, kata Saidatul Najmin, pengalaman mengidam kerepak machor bukan kali pertama berlaku kerana tujuh tahun lalu Siti Hajar turut mengidam makanan yang sama.
"Tujuh tahun lalu, kak Siti pernah mengidam kerepek itu dan kali ini dia mengidam benda yang sama tetapi saya tidak tahu hendak cari di mana.
"Rupa kerepek ini seakan rempeyek tetapi berbentuk segi empat sama. Pada awalnya, abang dan saya ada tunjuk rempeyek tetapi kak Siti mahukan juga kerepek manchor," katanya pada Khamis.
Saidatul Najmin merupakan seorang akauntan bagaimanapun berjaya menemui penjual kerepek tersebut menerusi bantuan warganet di Twitter.
"Kerepek ini sukar diperoleh dan mungkin tidak ramai yang membuatnya. Kalau tak silap, ia popular di Perak. Jadi saya nekad untuk ciap di Twitter.
"Tidak sangka ia tular dan ramai netizen membantu mencarikan kerepek berkenaan. Saya juga sudah membelinya dan Insya-ALLAH, minggu depan akan sampai," katanya yang turut melahirkan rasa syukur.
Dia juga meluahkan rasa gembira kerana ciapannya membantu warganet berkongsi rezeki kerana secara tidak langsung telah mempromosikan produk mereka di ruang komennya.
Malah, produk kerepek manchor yang dijual di e-dagang Shopee laris dan habis terjual susulan warganet turut membeli produk tersebut.
Perkara itu dikongsi oleh warganet @azeerahamir, "Amboi terus sold out (habis), semua ngidam ke".
Malah @azie75homemade turut berkongsi bahawa produk tersebut ada dijual di Tanjung Karang dan @adieu1999 berkata, dia pernah membelinya di Petronas sebelum tiba di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
Ciapan Saidatul Najmin sebelum itu tular dan menarik perhatian netizen setelah meminta pertolongan warganet untuk mencari kerepek manchor gara-gara kakak iparnya mengidam.
"Gais, tolong gais. Kakak ipar aku mengandung, mengidam nak kerepek ni. Sebiji macam ini. Bukan rempeyek ye. Tu yang bulat. Aku tanya dah. Dia tak nak yang itu. HELP ME PLEASEEEE FOR MY FUTURE ANAK BUAH. Siap dia bila dia keluar," ciapnya.
Sinar Harian
Thu Apr 15 2021
Saidatul Najmin meminta bantuan warganet menerusi laman sosial untuk mencari kerepek manchor kerana kakak iparnya mengidam. - Foto Twitter/@NajminAzman
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
Polis berjaya menahan lelaki itu di Genting Highlands, Pahang kira-kira jam 7.45 malam tadi.
'Tolong, kakak ipar aku mengidam nak kerepek ini'
Saidatul Najmin meminta bantuan warganet menerusi laman sosial untuk mencari kerepek manchor kerana kakak iparnya mengidam.
Pecah barang rumah kerana berang isteri mengadu
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu turut bertindak memecahkan barang komputer serta cawan sebelum isterinya menghubungi pihak polis untuk bantuan.
Pengurus dedah pengorbanan Siti Nurhaliza selama 11 tahun
Menerusi entri terbaharu di laman Instagram (IG) miliknya, Rozi memberitahu Siti tidak pernah berputus asa menjalani rawatan kesuburan.