Perpaduan dalam kalangan masyarakat mesti dikekalkan dan rakyat negara ini perlu bersatu hati menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan oleh mana-mana kumpulan atau pihak tanpa mengira kaum, agama atau bangsa.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu perlu dihayati dan diinsafi semua pihak demi mengecapi kemakmuran yang merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat.
Tegasnya, rakyat juga perlu menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan oleh mana-mana kumpulan atau pihak di dalam kaum atau agama sendiri.
"Sekiranya tidak ada perpaduan maka segalanya tidak akan tercapai oleh itu kita harus mengenali aspek penting ini dan sekali kukuhkan perpaduan yang erat di kalangn rakyat.
"Sekiranya kita bersatu padu, tidak ada apa yang tidak boleh berjaya, tetapi sekiranya kita bepecah apa yang kita buat kita akan gagal.
"Ini harus kita hayati dan insafi supaya kita menolak mana-mana pihak antara rakyat, agama atau dalam kalangan kaum sendiri pecah belahkan rakyat harus ditolak," katanya selepas menghadiri majlis memperkenalkan Jalur Gemilang gergasi yang diperbuat daripada botol air mineral terpakai di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Pusat di sini pada Ahad.
Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan gembira kerana semua sekolah di seluruh negara telah menumpukan usaha untuk menyambut Bulan Kemerdekaan.
Katanya, usaha itu membolehkan rakyat khususnya generasi muda mengimbas semula kejayaan negara dalam mencapai kemerdekaan atas usaha dan titik peluh semua rakyat tanpa mengira kaum.
Kejayaan itu adalah berlandaskan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua rakyat, sekiranya tidak ada perpaduan, maka segalanya tidak akan tercapai.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 25 2019

Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kanan) beramah mesra dengan penduduk Kampung Benggali, Forak Ibrahim, 60, ketika menyampaikanCsempena bulan kebangsaan setelah mengadakan lawatan di kampung berkenaan hari ini. - Foto BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng
Perpaduan dalam kalangan masyarakat mesti dikekalkan dan rakyat negara ini perlu bersatu hati menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan.

Guan Eng tolak jadi Menteri Kewangan jika...
Lantikan itu dibuat berdasarkan kemampuannya yang boleh menguruskan hal ehwal kewangan negara selepas mencatat prestasi membanggakan di Pulau Pinang ketika menjadi ketua menteri.