SLIM RIVER: Polis berjaya memberkas seorang lelaki selepas dia melarikan diri daripada pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Tol Slim River, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, suspek berjaya diberkas selepas dikejar lebih 20 kilometer.
Menurutnya, kejadian bermula kira-kira jam 10.30 malam apabila sebuah kereta jenis Inspira yang dinaiki seorang lelaki telah melarikan diri dari SJR di Tol Slim River menghala ke utara.
“Sepasukan polis IPD Muallim telah mengejar kenderaan suspek dan berjaya ditangkap di hadapan Balai Polis Sungkai. Suspek dan kenderaan tersebut telah dibawa balik ke Balai Polis Slim River,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sulizmie Affendy berkata, hasil pemeriksaan telah menjumpai satu beg berwarna hitam kelabu mengandungi pelbagai jenis barangan.
Antara barangan itu ialah satu paket plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan disyaki dadah jenis methamphetamine, 25 paket plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan berwarna kemerahan disyaki dadah jenis heroin, satu bekas kaca yang telah diubahsuai disyaki alat untuk menghisap dadah dan satu ikat plastik lutsinar disyaki untuk membungkus dadah.
Polis turut menjumpai satu ikat wang kertas RM362 dan wang kertas nilai bercampur-campur dolar Singapura berjumlah S$19 serta satu unit telefon bimbit.
“Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah sebanyak lebih kurang RM2,500,” ujarnya.
Menurutnya, hasil semakan rekod lampau, suspek berumur 43 tahun yang bekerja sebagai 'towing runner’ itu didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Suspek direman enam hari mulai hari ini sehingga 14 Mac depan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di samping Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 09 2021
Ketulan dadah larangan, telefon bimbit, wang tunai dan peralatan lain yang dirampas daripada suspek. - PDRM
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Tokan dadah diberkas selepas dikejar 20 kilometer dari sekatan jalan raya
Sepasukan polis IPD Muallim telah mengejar kenderaan suspek dan berjaya ditangkap di hadapan Balai Polis Sungkai.