KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan untung bersih yang menyusut sedikit kepada RM1.003 bilion pada suku ketiga (S3) berakhir 30 September 2021, daripada RM1.009 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil bagi tempoh dalam tinjauan bagaimanapun melonjak kepada RM12.98 bilion berbanding RM11.11 bilion sebelumnya.
"Prestasi kumpulan untuk sembilan bulan pertama 2021 bertambah baik berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya walaupun berdepan cabaran semasa pandemik COVID-19.
"Permintaan telah mula menunjukkan peningkatan, berkembang kepada 0.6 peratus berbanding penguncupan 6.2 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan lepas," kata syarikat utiliti itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2021, keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM2.78 bilion berbanding RM2.38 bilion yang dicatatkan setahun lalu, manakala hasil meningkat 9.6 peratus tahun ke tahun kepada RM36.89 bilion daripada RM33. 65 bilion setahun yang lalu.
Dalam satu kenyataan berasingan, TNB berkata, peningkatan dalam aktiviti ekonomi juga telah memberi sokongan kepada prestasi positif anak-anak syarikatnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, TNB merekodkan satu lagi tempoh prestasi berdaya tahan terutamanya hasil daripada aktiviti ekonomi yang bertambah baik.
Bagaimanapun, syarikat itu menyaksikan penguncupan sebanyak 6.7 peratus daripada jualan elektrik TNB pada suku ketiga berbanding suku sebelumnya, kesan daripada dinamik peralihan yang disebabkan oleh pandemik, katanya.
"Secara positif, peningkatan dalam permintaan dijangka bertambah baik pada beberapa bulan akan datang dan tahun depan apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka.
"TNB juga terus bekerjasama dengan kerajaan dalam pelbagai bidang untuk menyokong pemulihan ekonomi negara seperti inisiatif kesan pengganda melalui program biasiswa berterusan kami, program pembangunan vendor, serta program kemahiran semula secara intensif untuk melatih dan menempatkan pekerja dalam pekerjaan," tambah beliau. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Tenaga Nasional Bhd mencatatkan untung bersih yang menyusut sedikit kepada RM1.003 bilion pada suku ketiga (S3) berakhir 30 September 2021, daripada RM1.009 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
TNB catat untung bersih RM1.003 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih TNB menyusut kepada RM1.003 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2021 berbanding RM1.009 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.