KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya elemen pendidikan, pelancongan, hiburan dan penjanaan ekonomi berteraskan seni, budaya dan warisan negara digabungkan dalam satu platform melalui penganjuran Titih Pusaka Seni Aswara 2022.
Program anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang berlangsung dua hari bermula Sabtu di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, di sini selari dengan matlamat penganjuran program iaitu mempromosikan serta membawa seni budaya kepada masyarakat setempat dengan lebih dekat.
Program dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Saraya Arbi dan turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Aswara Prof Madya Dr Khairul Azril Ismail.
Saraya dalam ucapan perasmiannya malam ini berkata MOTAC menyokong hasrat dan usaha yang digembleng Aswara dalam menganjurkan program Titih Pusaka Seni Aswara 2022 dengan objektif mengangkat serta mengkomersialkan kepelbagaian seni budaya dan warisan Malaysia secara menyeluruh.
"Sesungguhnya saya berbesar hati dengan status Aswara kini yang berupaya menjadi pusat pengajian seni terulung di Malaysia dalam konteks seni, budaya dan warisan malah tegak berdiri sebagai agensi penggalakan 'Edutainment dan Edutourism' (Didik Hibur dan Pendidikan Berasaskan Pelancongan) di Malaysia.
"Sesungguhnya keupayaan Aswara melahir dan membina pelapis serta pewaris bidang kesenian di Malaysia memberikan impak yang besar ke arah memartabatkan seni budaya dan warisan negara kita untuk terampil dengan lebih gemilang," katanya.
Beliau berkata usaha itu juga dilahirkan melalui pendidikan seni yang menjadi penanda aras dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih menghargai warisan kesenian negara dengan kesedaran ilmu sebagai teras utamanya.
Program Titih Pusaka Seni Aswara 2022 turut menjadi platform buat usahawan industri seni kreatif dalam menjana ekonomi.
Selain itu, pelbagai pengisian menarik dan interaktif ditampilkan antaranya pameran seni, demonstrasi seni, menitih ilmu adiguru, jualan produk seni serta persembahan artis terkenal tanah air Datuk Jamal Abdillah dan kumpulan Floor 88.
Orang ramai turut berpeluang mendalami secara langsung sesi perkongsian ilmu bersama adiguru bertauliah dan hebat dalam bidang masing-masing seperti wayang kulit, makyung dan sebagainya.
Aswara berharap penganjuran program tersebut menjadi mekanisme terbaik dalam memperkasakan serta melestarikan warisan seni budaya agar tidak ditelan zaman sekali gus membentuk generasi muda yang cakna dalam mengapresiasi kekayaan seni warisan pusaka bangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022

Saraya berkata MOTAC menyokong usaha digembleng Aswara dengan objektif mengangkat serta mengkomersialkan kepelbagaian seni budaya dan warisan Malaysia secara menyeluruh. -Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Titih Pusaka Seni Aswara 2022 ketengah aspek seni, budaya dan warisan
Program Titih Pusaka Seni Aswara 2022 turut menjadi platform buat usahawan industri seni kreatif dalam menjana ekonomi.