Kerajaan negeri akan membincangkan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu larangan penjualan vape di negeri ini dikuat kuasa awal Januari depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat.
Beliau berkata ia akan dibincang pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Pihaknya bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Farmasi akan turut mengadakan perbincangan mengenai perkara itu sebelum dikemukakan pada mesyuarat terbabit, katanya.
"Kita akan panggil agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan dan Bahagian Farmasi untuk meneliti prosedur dan peraturan yang sewajarnya dalam menguatkuasakan titah Sultan Johor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas titah Sultan Ibrahim yang mahu produk vape dilarang dijual dan semua premis vape ditutup berkuat kuasa 1 Januari 2016, seperti yang dilaporkan.
Ayub berkata pihaknya menjunjung kasih terhadap titah Sultan Ibrahim yang dilihat selari dengan pendirian kerajaan negeri yang melihat penggunaan vape adalah memudaratkan rakyat terutama golongan muda.
Beliau berkata beliau sendiri secara konsisten menyuarakan pandangan bahawa vape boleh disalah guna oleh pengguna dan dilihat mampu menjurus terhadap penyalahgunaan dadah.
"Dalam dua atau tiga tahun mendatang, kalau vape tidak dihalang, maka kita akan lihat keruntuhan akhlak dan juga masalah sosial generasi muda," katanya.
Ayub berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas penutupan premis penjualan vape, namun Bahagian Farmasi boleh merampas barangan terbabit di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 sekiranya mengandungi bahan terlarang yang tidak didaftar.
Berdasarkan pemantauan sebelum ini, pihaknya mengesan enam premis perniagaan vape yang melanggar akta berkenaan di sekitar bandar raya Johor Baharu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Latif Bandi berkata pihaknya akan mengeluarkan pekeliling baharu bagi mengharamkan penjualan vape menerusi Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau berkata menerusi pekeliling itu, PBT akan memulakan tindakan penguatkuasaan dan pengharaman penjualan ke atas vape bermula pada 1 Januari depan.
"Perbincangan berhubung perkara itu (pekeliling) bersama pelbagai pihak terlibat akan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor sebelum keputusan yang dicapai itu dikuatkuasakan," katanya.
Bernama
Sun Nov 29 2015

Ayub (gambar) berkata pihaknya menjunjung kasih terhadap titah Sultan Ibrahim yang dilihat selari dengan pendirian kerajaan negeri yang melihat penggunaan vape adalah memudaratkan rakyat terutama golongan muda. -Gambar fail
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Bank Islam bolehkan pengguna mohon tukar 'Duit Raya' melalui aplikasi BIMB
Tempahan dibuka hingga 14 Mac 2025, dengan minimum penukaran RM100.

Titah Sultan Johor berhubung larangan jual vape akan dibincang - Exco
Perbincangan dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan dan Bahagian Farmasi akan diadakan sebelum dikemukakan pada mesyuarat majlis kerajaan negeri.