KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen semalam, seharusnya dijadikan rujukan kepada Ahli Parlimen untuk melihat apakah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap setiap elemen yang ditekankan berdasarkan titah tersebut.
Pegawai Penyelidik dan Advokasi Institut Kajian dan Pembangunan Polisi (IRDP) Farhan Rawi berkata segala input serta kandungan titah Tuanku itu juga, merupakan satu permulaan yang baik bagi Ahli Parlimen memulakan sesi perbahasan Titah Diraja, hari ini.
"Ini (titah) sesuatu yang sangat baik... kalau lihat banyak input atau maklumat yang dititahkan baginda dan ia merupakan satu ucapan dasar yang seharusnya jadi rujukan Ahli Parlimen pada Sidang Dewan ini, untuk melihat apakah kepentingan dan tujuan yang akan dilaksanakan kerajaan tahun ini.
"Semua Ahli Parlimen juga perlu melihat kandungan titah ini secara positif dan sekiranya mahu terlibat dengan sesi bahas Titah Diraja, haruslah secara berhemah dan lebih mendalam selain melihat apakah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, dalam memastikan segala aspek kebajikan dan soal rakyat dapat dibela," katanya pada program Ruang Bicara bertajuk Parlimen Ke-15: Menjunjung Titah Diraja yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.
Turut menjadi tetamu pada program itu Pensyarah Pusat Polisi Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Muhammad Fathi Yusof.
Sementara itu, Muhammad berkata berdasarkan titah Tuanku semalam terdapat tiga siginifkan yang boleh dilihat, iaitu kebersamaan antara Institusi Diraja dan kerajaan, hasrat baginda dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekali gus menjadi pentas kepada baginda untuk memberikan nasihat bukan sahaja kepada Ahli Parlimen, tetapi juga kepada kerajaan dan seluruh rakyat.
"Dalam teks yang disampaikan tadi (semalam), saya percaya sebahagian besar tidak datang dari penulis ucapan sebaliknya dari hati baginda sendiri, yang menyatakan hasrat dan harapan baginda terhadap kerajaan yang ada serta mengharapkan kestabilan dan perpaduan dalam negara.
"Bagi saya, kalau ada pihak kata istiadat pembukaan Mesyuarat ini sekadar rutin yang tidak ada makna atau sekadar mengulangi dasar kerajaan, ia sebenarnya mempunyai perkara besar yang perlu diberikan perhatian," katanya.
Tambah Muhammad, berdasarkan titah baginda yang turut berharap agar kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara, manakala pembangkang melaksanakan tanggungjwab mereka dengan memberikan kritikan membina demi kebaikan rakyat dan negara, adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.
Al-Sultan Abdullah semalam berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen.
Dalam titah baginda antara perkara yang diberikan penekanan iaitu berkaitan soal integriti, pengurusan risiko bencana dan baginda turut menzahirkan kekhuatiran terhadap suasana damai dan kemajuan yang didambakan, tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya, sekiranya kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik, berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen semalam. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong. --fotoBERNAMA
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.